4,140 kes baharu, Johor, P. Pinang meningkat, Kelantan turun

Dari Penulis

SEMALAM penularan baharu COVID-19 turun kepada 4,113 kes, hari ini pula tidak banyak menunjukkan perubahan apabila 4,140 kes dilaporkan.

Seperti sebelum-sebelum ini, Selangor terus mencatatkan kes tertinggi dengan kekal empat angka.

Hari ini Selangor mencatatkan 1,507 kes baharu COVID-19 – meningkat berbanding semalam yang melaporkan 1,269 kes.

Untuk rekod, enam daerah di Selangor sudah dikuatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 6 Mei lalu.

Kedua tertinggi hari ini adalah Johor dengan 433 kes diikuti Kuala Lumpur (398 kes), Pulau Pinang (338 kes) dan Sarawak, 324 kes.

Selain lonjakan kes di Johor dan Pulau Pinang, sesuatu yang berbeza hari ini ialah Kelantan yang menyaksikan penurunan mendadak kepada 109 kes.

Sedangkan semalam sebanyak 371 penularan baharu dilaporkan di negeri itu yang teruk terjejas kali ini.

Berdasarkan hantaran di Facebook Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah sebentar tadi, Kedah turut mencatatkan kes yang tinggi dengan 239 kes, Negeri Sembilan (190 kes), Perak (182 kes), Terengganu (119 kes), Pahang (116 kes) dan Melaka, 97 kes.

Perlis menjadi negeri terendah melaporkan pertambahan kes baharu dengan dua penularan diikuti Labuan (tiga kes).

Putrajaya pula terus mencatatkan pertambahan jumlah kes baharu dengan 23 kes berbanding 20 kes semalam.

Baca artikel berkaitan: Semalam hampir 5,000, hari ini kes baharu turun 4,113

Sebelum berlepas dari India semua negatif, swab di KLIA tujuh positif

44 lagi kematian akibat COVID-19, korban tertinggi setakat ini

Sementara itu, kata Noor Hisham, sebanyak sembilan kes import dikesan hari ini.

Katanya, daripada 4,131 kes tempatan, 3,728 adalah rakyat Malaysia manakala 403 bukan warganegara.

Kes sembuh yang dilaporkan hari ini pula berjumlah 3,432.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Lima pegawai perubatan ditempatkan di Hospital Lahad Datu mulai Julai

SERAMAI lima pegawai perubatan akan ditempatkan di Hospital Lahad Datu secara rasmi mulai Julai ini bagi menangani isu kekurangan...

More Articles Like This