Jumlah pemberian dos vaksin COVID-19 cecah 1.94 juta

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SEBANYAK 1.94 juta dos vaksin COVID-19 telah pun diberikan setakat semalam sejak Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dilancarkan 24 Februari lalu.

Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba, pemberian jumlah dos itu merangkumi seramai 1.20 juta individu yang telah memperoleh dos pertama vaksin COVID-19 tersebut.

Pada masa sama, Dr. Adham berkata, seramai 733,237 individu lagi telah pun melengkapkan dua dos vaksin COVID-19.

Bagi dua dos vaksin, kata Dr. Adham, Selangor kekal menjadi penerima tertinggi iaitu merangkumi sebanyak 99,797 sehingga semalam.

Katanya, ia diikuti Kuala Lumpur iaitu sebanyak (80,662); Johor (69,565); Sarawak (69,353) dan Perak (60,617).

Beliau berkata, Sabah menjadi penerima keenam tertinggi bagi dua dos vaksin iaitu sebanyak 59,639 seterusnya Pahang (49,342); Kedah (46,908) dan Pulau Pinang (45,955).

Baca artikel berkaitan: Tempahan vaksin AstraZeneca diperluas kepada warga emas

“Di Kelantan pula, sebanyak 34,414 dos kedua pemberian vaksin telah diagihkan diikuti 34,051 di Negeri Sembilan; 31,398 di Terengganu dan 24,293 di Melaka.

“Sebanyak 13,648 dos kedua vaksin telah diberikan di Perlis dan masing-masing sebanyak 8,438 dan 5,157 di Putrajaya serta Labuan,” katanya menerusi infografik yang dimuat naik ke akaun Twitter miliknya hari ini.

Mengulas lanjut, Dr. Adham berkata, Selangor juga menjadi penerima dos pertama vaksin Covid-19 tertinggi iaitu seramai 159,063 individu.

Beliau memaklumkan ia diikuti seramai 141,855 di Kuala Lumpur; 123,474 di Sarawak; 106,974 di Perak dan 100,163 di Johor.

“Bagi jumlah pendaftaran harian PICK pula telah mencecah 10.18 juta setakat semalam atau 42.00 peratus daripada populasi.

“Selangor masih negeri tertinggi yang mendaftar iaitu seramai 2.63 juta diikuti Johor (1.22 juta), Sarawak (1.13 juta) dan Kuala Lumpur (820,863),” jelas beliau.

Mengikut perancangan program imunisasi berkenaan, tempoh pelaksanaan fasa pertama pemberian vaksin yang bermula Februari hingga bulan ini, melibatkan 500,000 anggota barisan hadapan termasuk petugas kesihatan.

Fasa kedua bermula pada April hingga Ogos depan pula membabitkan 9.4 juta warga emas, kumpulan rentan dan Orang Kurang Upaya, manakala fasa ketiga dijadual pada Mei hingga Februari 2022, melibatkan individu 18 tahun dan ke atas dengan sasaran 13.7 juta orang atau lebih.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Semua negeri kecuali Selangor, P Pinang terima peruntukan lebih tinggi berbanding hasil – PM

SEMUA negeri kecuali Selangor dan Pulau Pinang menerima peruntukan Persekutuan yang lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya dan purata hasil...

More Articles Like This