Demi Palestin, Mimi Lana tolak sesi fotografi bersama Dior

Dari Penulis

RAKYAT Malaysia sememangnya mempunyai hati dan perasaan yang sangat dekat dengan rakyat Palestin. Tanpa mengira agama atau kaum, rata-rata bersimpati dengan nasib yang diterima mereka apabila sering ditindas di tanah sendiri.

Peperangan terbaharu Israel-Palestin sememangnya telah menyatukan rakyat negara ini dalam memberi sokongan kepada mereka sama ada berbentuk sumbangan kewangan atau penyataan di media sosial.

Walaupun sering di’halang’ oleh penyedia aplikasi media sosial yang kelihatan lebih bersimpati kepada musuh Palestin tetapi semakin ramai yang berani menyatakan sokongan mereka secara terbuka, termasuk barisan artis di negara ini.

mimi lana

Terbaharu, pelakon cantik Mimi Lana, 25, sanggup menolak sesi fotografi ditawarkan bersama jenama antarabangsa terkenal, Dior sebagai tanda sokongannya kepada rakyat Palestin.

Mimi atau nama sebenarnya Mimi Rozaiana Zainal Abidin berkata, antara sebab penolakan itu juga adalah selepas pembatalan kontrak model antarabangsa, Bella Hadid bersama jenama itu kerana dia lantang memperjuangkan hak penduduk Palestin yang dirampas rejim Zionis.

BERITA BERKAITAN “Jadi pelakon lama, bukan tiket untuk selalu datang lambat dan berlagak…” – Mimi Lana

“Perkara yang kecil namun sangat besar maknanya. Saya berjuang untuk saudara Palestin saya dan untuk Bella.

“Saya dapat tahu jenama itu menarik keluar nama Bella Hadid sebab menyokong Palestin. Ia sangat sensitif buat warga Islam di negara ini jika saya buat sebarang hantaran mengenai Dior,” katanya dalam perbualan yang dipetik melalui media sosial bersama pihak yang menguruskan sesi fotografinya..

Terdahulu, model terkenal dunia, Bella dikatakan tidak lagi dinamakan sebagai wajah jenama barangan mewah Perancis itu kerana kelantangannya menzahirkan sokongan terhadap Palestin.

Netizen turut mempersoalkan kenapa Bella didiskriminasi walaupun selebriti lain seperti Gal Gadot yang mempertahankan negara asalnya, Israel berhubung isu yang sama.

Bella baru-baru ini menjadi antara bintang ternama turun padang bagi melakukan protes dan mempertahankan Palestin daripada terus dizalimi rejim Zionis.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

“Saya sendiri bukan dari keluarga berada” – Kontroversi mulut celupar di Cameron Highlands, Kak Ika tampil jernihkan keadaan, nafi hina golongan B40

SELEPAS teruk dihentam netizen di segenap platform media sosial, usahawan scone yang sedang hangat diperkatakan, Zamzam Zulaikha Abu Shah...

More Articles Like This