“Kalau takut, ‘Hawaa’ boleh jumpa saya” – Ketua Polis Perak janji ambil tindakan tegas

Dari Penulis

KISAH bermula apabila seorang pengguna Facebook bernama Hawaa Azmann yang memuat naik hantaran mendakwa suaminya menjadi mangsa peras ugut polis yang mengambil wang simpanan mereka dalam kejadian pada Ramadan lalu.

Pengguna Facebook itu turut mendakwa suaminya dapat mengecam anggota dan pegawai polis terlibat yang menaiki tiga buah kereta jenis Honda.

Bagaimanapun, tidak lama kemudian pengguna Facebook itu membuat satu lagi kenyataan memohon maaf bagi membersihkan nama pihak polis dan mendakwa kejadian merupakan rekaan suaminya manakala wang berkenaan telah digunakan bagi tujuan lain.

Bagi Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid, walaupun ‘Hawaa’ telah memadam hantaran tersebut, beliau masih mahu kes itu disiasat terlebih dahulu bagi mengenal pasti adakah perkara itu benar-benar berlaku atau tidak.

“Saya hendak menyeru kepada mangsa ini supaya tampil ke hadapan dan kalau dia takut hendak jumpa orang lain, boleh jumpa saya sendiri untuk memberi maklumat tentang kejadian ini.

“Mungkin dia takut jadi (namun) saya minta kepada mereka yang rasa dianiaya, diperas ugut oleh agensi penguat kuasa supaya tampil untuk kita ambil tindakan tegas,” katanya.

BERITA BERKAITAN Jangan cuba-cuba ‘curi’ balik kampung – Polis Perak

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas memantau penugasan hari pertama pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Mukim Hulu Kinta di Jalan Raja Dr Nazrin Shah.

Katanya, beliau telah mengarahkan pegawainya untuk mengunjungi kediaman suami isteri itu di Ipoh tetapi kedua-duanya mereka tiada di rumah berkenaan.

Mior Faridalathrash berkata, biarpun tiada sebarang laporan polis diterima berhubung insiden itu, namun siasatan dijalankan berikutan dakwaan membabitkan salah laku anggotanya dipandang serius.

“Kita juga nak bantu dia untuk cari kebenaran. Jadi sebab itu saya minta beliau tampil walaupun dia sudah memadamkan hantaran selain memuatnaik satu lagi hantaran sebagai tanda meminta maaf,” katanya.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Malaysia, Palestin perkukuh kerjasama pendidikan tinggi

MALAYSIA akan terus memainkan peranan membantu rakyat Palestin membina semula kekuatan bangsa melalui ilmu dan pendidikan. Demikian ditegaskan Menteri Pendidikan...

More Articles Like This