CERMIN belakang sebuah kereta rosak selepas ditembak seorang lelaki dalam satu kejadian di kawasan perumahan Sitiawan, Perak, pagi semalam.
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian daripada jiran mangsa pada pukul 1.07 tengah hari.
Beliau berkata, hasil siasatan mendapati mangsa seorang lelaki Cina tinggal bersama isteri dan dua orang anak.
“Isteri mangsa memaklumkan telah terdengan bunyi letupan di luar rumah pada pagi tersebut, tetapi tidak mengendahkannya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, apabila mangsa keluar dari rumah untuk mengambil barang, baru menyedari terdapat kerosakan pada cermin belakang kereta pada pukul 12.45 tengah hari.
“Pengadu menjumpai kelongsong peluru di bawah kenderaan tersebut,” tambahnya.
Mohd Yusri berkata, hasil pemeriksaan mendapati terdapat kesan lubang pada cermin belakang kereta dipercayai akibat tembakan dan turut ditemui sebutir kelongsong peluru dan kepala peluru di tempat kejadian.
Baca artikel berkaitan : Lelaki cedera ditembak ketika tunggang motosikal
Pemeriksaan pada kamera litar tertutup mendapati dua orang suspek yang tidak dikenali menaiki motosikal jenis Yamaha Y15 tanpa nombor pendaftaran.
“Suspek didapati telah melepaskan satu das tembakan dan mengenai kenderaan mangsa.
“Suspek kemudian dilihat cuba melepaskan tembakan ke arah hadapan rumah namun pistol suspek gagal berfungsi sebelum bertindak melarikan diri,” ujarnya.
Jelasnya, motif kejadian masih dalam siasatan dan kes kini disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api 1971.
Sehubungan itu, orang ramai yang mempunai maklumat diminta berhubung dengan Pegawai Penyiasat Kanan, Asisten Superintendan Azalan Ab Karim di talian 019- 3927837.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

