Chelsea tempah slot ke Liga Juara-Juara musim depan

Dari Penulis

TUAH menyebelahi Chelsea selepas pencabar terdekat Leicester City tewas 2-4 kepada Tottenham Hotspur malam tadi.

Biarpun skuad The Blues gagal mencatat kemenangan di akhir saingan liga menentang Aston Villa, kelebihan satu mata di atas ‘The Foxes’ itu membolehkan mereka beraksi di liga paling berprestij eropah musim depan.

Pengendali Chelsea, Thomas Tuchel mengakui kekurangan sentuhan penyudah pada babak pertama dan dua gol mudah diberikan kepada Villa menyebabkan dia lega diberikan bantuan oleh Spurs.

Chelsea manager Thomas Tuchel during the Premier League match between Chelsea and Leicester City at Stamford Bridge, London, England on 18 May 2021. PUBLICATIONxNOTxINxUK Copyright: xAndyxRowlandx PMI-4226-0004

“Kami gembira Tottenham melakukan tugas buat kami. Kami datang untuk menang dan namun tidak berjaya.

“Saya dapat tahu tiga atau empat minit sebelum tamat perlawanan kami disahkan menduduki di tangga keempat kerana perlawanan di Leicester tamat lebih awal dan jelas kami layak.

“Kami tidak bersedia untuk itu, kami bersedia untuk perlawanan ini. Ia merupakan satu perkana yang normal untuk sukar mendapat peluang berdepan Aston Villa tapi kami banyak mencipta peluang.

“Kami masih pasukan muda dan cuba berusaha bagi menjadikan mereka lebih baik. Kami perlukan lebih banyak perlawanan tanpa bolos bagi mengatasi kekurangan rentak dan ketajaman,” katanya.

Dalam pada itu, turut mengesahkan slot ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan adalah Manchester City, Manchester United serta di tempat ketiga Liverpool.

Manakala Leicester di tempat ke lima dan West Ham United di tempat ke enam akan bermain di Liga Europa musim depan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Hospital Melaka jadi penanda aras nasional, terima peruntukan khas RM1.6 juta

HOSPITAL Melaka akan dijadikan penanda aras mandatori bagi pelaksanaan model pengurusan hospital di seluruh negara susulan kejayaannya mengurangkan kesesakan...

More Articles Like This