JIKA anda salah seorang penyebar berita palsu mengenai ‘Nilai terletak di negeri Selangor’, mungkin anda perlu bersedia membantu siasatan polis sekiranya diminta berbuat demikian.
Ini kerana pihak polis telah membuka kertas siasatan kes tersebut yang tular baru-baru ini berikutan isu selebriti Neelofa dan suami dikatakan merentas negeri ke Nilai 3 untuk membeli karpet.
Ketua Polis Daerah Nilai Superintenden Mohd Fazley Ab Rahman berkata polis membuka kertas siasatan terhadap kes tersebut yang dimulakan oleh seorang pemilik akaun Facebook yang disyaki menyebarkan berita palsu yang boleh menimbulkan kegentaran awam semalam.
Ketua Polis Daerah Nilai Superintenden Mohd Fazley Ab Rahman berkata pemilik akaun tersebut dikenali sebagai N9 RADAR akan dipanggil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai dalam masa terdekat bagi membantu siasatan.
BERITA BERKAITAN Kes karpet Nilai 3 : Neelofa, PU Riz akan didakwa di mahkamah esok
“Pemilik akaun itu memuat naik status ‘Nilai 3 terletak di negeri Selangor’. Kita menegaskan bahawa Nilai 3 merupakan kawasan dalam pentadbiran IPD Nilai, Negeri Sembilan dan bukannya terletak di Selangor,” katanya dalam kenyataan malam tadi.
Beliau berlata kenyataan dikeluarkan oleh pemilik akaun Facebook berkenaan boleh menyebabkan kegentaran awam dan menimbulkan kekeliruan kepada orang ramai.
Siasatan itu dilakukan mengikut Seksyen 505 (b), Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Beliau menasihatkan orang ramai supaya menghentikan sebarang penyebaran gambar atau berita tidak tepat untuk dimuat naik atau dikongsi di laman sosial masing-masing.
Sementara itu, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (Jupem) mengesahkan Nilai 3 terletak di Negeri Sembilan.
Pengesahan tersebut dimaklumkan agensi berkenaan menerusi hantaran di akaun sosial rasmi Facebooknya.
“Tuan, Nilai 3 berada dalam Negeri Sembilan dan bukannya di negeri Selangor. Harap maklum,” jawab ringkas pentadbir laman tersebut sebagai merujuk pertanyaan ramai netizen.
Sejak kelmarin, pengguna media sosial negara ini berang dengan langkah Jabatan Peguam Negara tidak mendakwa pasangan selebriti terkenal atas tuduhan sengaja merentas negeri.
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

