Netizen ‘serang’ Iman Troye, persenda kes Covid-19

Dari Penulis

PENYANYI Iman Troye teruk dihentam selepas dia memuat naik satu ciapan berbaur sinis di akaun Twitternya.

Penyanyi Teman itu didakwa tidak sensitif apabila dia seakan gembira dengan jumlah peningkatan kes Covid-19 yang mencatatkan angka 6,976 semalam.

“Selamat (happy) 6,900 semua (everyone)! Tahniah! Harap esok dapat 7,000,” tulisnya di ruangan status Twitter.

Ekoran status tersebut, ramai netizen yang berang dan tidak berpuas hati dengan pemilik nama penuh Siti Nur Alyssa Sahabudin,20 yang dlihat seolah-olah mempermainkan emosi mangsa wabak tersebut.

Rata-rata menyelar tindakan kurang bijak Iman yang langsung tidak peka dengan situasi semasa negara ketika ini.

Namun, menerusi pencarian URTV, Twitter Iman masih lagi tidak aktif selepas dia bertindak menyahaktif akaunnya semalam.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Lovebites pilih Kuala Lumpur sebagai destinasi siri jelajah dunia Outstanding Tour

SELEPAS hampir sedekad membina pengaruh besar sebagai antara kumpulan heavy metal wanita paling berprestij di dunia, impian peminat tegar...

More Articles Like This