Sesak di stesen LRT, itu gambar lama – Tajuddin Rahman

Dari Penulis

SEJAK malam tadi tular gambar sesak di sebuah stesen transit aliran ringan (LRT).

Kononnya kesesakan itu susulan insiden pelanggaran di ibu negara.

Jika diperbesarkan gambar tersebut, jawapannya sudah boleh diketahui kerana ramai yang tidak memakai pelitup muka.

Namun, malangnya ada yang mempercayainya.

Malah, Pengerusi Prasarana Malaysia Berhad, Datuk Seri Tajuddin Rahman juga ditanya perkara tersebut dalam sidang akhbarnya hari ini.

Beliau dengan kesal menjelaskan gambar berkenaan adalah pada 11 Mac 2020 dan bukan terbaru.

Katanya, itu gambar sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 lagi.

Justeru, beliau menasihatkan orang ramai supaya menghentikan perbuatan menimbulkan keguasaran awam.

Baca artikel berkaitan: Kemalangan LRT, 6 penumpang di ICU, 3 perlu ventilator

Tajuddin ulas kenapa tak tinjau malam tadi, Prasarana mohon maaf kejadian

Menurut beliau, Prasarana Malaysia Berhad akan memastikan setiap SOP PKP dipatuhi dari sudut kapasiti penumpang.

Katanya, penjarakan fizikal dalam tren LRT adalah keutamaan sama ada penumpang yang berdiri mahu pun duduk.

“Janganlah mudah percaya penyebaran gambar-gambar lama. Ada cuba sensasikan,” jelasnya sambil menambah ada pengawal keselamatan yang akan pastikan penjarakan fizikal.

Beliau tidak menolak konon gambar ditular itu termasuk yang dirakam sewaktu PKP 2.0 yang mana penumpang dilihat pakai pelitup muka tetapi kapasiti 100 peratus dibenarkan.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Sultan Selangor hargai kesinambungan pentadbiran jayakan LRT3

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menegaskan kejayaan merealisasikan projek Laluan LRT3 Shah Alam adalah hasil kesinambungan perancangan serta...

More Articles Like This