JANGANLAH suka provokasi, tegas Datuk Seri Tajuddin Rahman.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai ketidakhadirannya meninjau insiden kemalangan transit aliran ringan (LRT) di ibu negara malam tadi yang dibangkitkan segelintir warga maya.

Tegas Tajuddin, apa yang paling mustahak selaku Pengerusi Prasarana Malaysia Berhad, beliau berusaha memastikan kebajikan dan rawatan penumpang terlibat diberi perhatian sebaik mungkin selain aspek operasi perkhidmatan LRT.

Katanya, dalam hal ini Prasarana Malaysia tidak sesekali mengabaikan tanggungjawab dan itu yang lebih penting untuk dilihat orang ramai.

“Petang semalam saya ada tugas bersama syarikat di Subang dan kemudian saya perlu bersedia untuk dapatkan dos kedua vaksin COVID-19 hari ini.

“Selepas dah tahu pun lewat, saya kemudian memutuskan yang perkara pertama yang saya akan buat pagi ini adalah meninjau kejadian.

Pengerusi Kumpulan Prasarana Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman melawat lokasi nahas LRT di stesen KLCC pagi ini. Tajuddin ulas persoalan di bangkitkan di media sosial mengenai ketidakhadirannya malam tadi. / Gambar media sosial Bernama

“First thing in the morning (melawat kejadian). Ini menunjukkan betapa saya serius. Pagi ini terus datang tinjau, masuk terowong.

“Justeru janganlah suka provok, tak baik,” kata Tajuddin ulas persoalan wartawan dalam sidang akhbar hari ini.

Menurut Tajuddin, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan juga ada turun ke lokasi malam tadi.

Malah katanya, ada pegawai kanan syarikat juga ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) meninjau proses rawatan penumpang cedera.

“Bertenanglah, yang paling penting kita menguruskan segera soal kebajikan penumpang dan perkhidmatan.

“Maaflah saya kena tegur juga,” katanya.

Baca artikel berkaitan: Kemalangan LRT, 6 penumpang di ICU, 3 perlu ventilator

Sesak di stesen LRT, itu gambar lama – Tajuddin Rahman

Prasarana Malaysia Berhadi menyediakan pelan [erancangan meastikan operasi LRT dan RapidKL diteruskan.

Katanya, bantuan segera RM1,000 kepada semua 213 penumpang terlibat akan diberi dalam kadar segera.

Selain itu, katanya, bantuan khas kepada 64 individu yang dimasukkan ke hospital juga akan diberikan dan ia bergantung kepada jenis kes.

Turut diberikan katanya, bantuan kepada penumpang yang terjejas sumber pendapatan akibat kejadian tersebut.

“Kita berdukacita dengan apa yang berlaku. Ini satu tragedi kemalangan yang di luar kawalan kita.

“Walau macam mana pun kita juga bersedia menerima tanggungjawab dan memohon maaf di atas apa yang berlaku.

‘Apa pun kita cuba lakukan terbaik untuk menjaga apa yang diperlukan penumpang dan orang ramai,” ujarnya.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram