SUDAH banyak kluster COVID-19 akibat majlis makan-makan dikesan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Paling diingati bagaimana seorang tuan rumah di Pahang yang positif telah menyebabkan lebih 70 tetamunya dijangkiti virus itu.
Sebab itulah sebarang bentuk perhimpunan dilarang apatah lagi untuk jamuan seperti kenduri sambut kelahiran cahaya mata mahu pun cucu.
Ini kerana ketika menikmati hidangan, semua perlu membuka pelitup muka dan saat itu lah virus mudah merebak.
Namun malangnya, masih ada yang degil seperti dikesan polis di Sungai Lalang, Sungai Petani malam tadi.
Dalam pemeriksaan malam tadi, lima individu didapati berkumpul di majlis kenduri menyambut kelahiran cucu di sebuah rumah.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, lima individu dikompaun RM4,000 kerana kesalahan ingkar prosedur operasi standard Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Katanya, kelima-lima mereka terdiri daripada tiga lelaki dan dua wanita berusia antara 19 hingga 61 tahun.
Menurutnya, serbuan pasukan pemantau COVID-19 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda setelah menerima maklumat awam.
Baca artikel berkaitan: Aliran trafik sesak, Dr Noor Hisham ingatkan petugas kesihatan sudah penat
Jangan kompaun saja tapi dakwa mereka supaya kena penjara!
“Sebaik tiba di lokasi, didapati lima individu terbabit sedang berkumpul di majlis kenduri itu serta tidak mematuhi penjarakan fizikal dan tidak memakai pelitup muka.
“Kesemua individu terbabit kemudiannya dibawa ke IPD Kuala Muda untuk tindakan kompaun,” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Menurut Adzli, majlis kesyukuran itu diadakan sebagai kenduri sambut cucu seorang daripada mereka yang dipercayai tuan rumah.
Beliau berkata, pemeriksaan juga mendapati kesemua mereka yang dari daerah sama adalah tetamu jemputan yang juga rakan tuan rumah.
“Kesemua mereka dikompaun sebanyak RM4,000 seorang kerana melanggar SOP PKP 3.0.
“Mereka dikompaun mengikut Perkara 9 Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021,” jelasnya.
Kedah antara negeri yang mencatatkan lonjakan kes COVID-19 yang tinggi sejak kebelakangan ini dengan hari ini sahaja sebanyak 236 kes baharu dilaporkan.
Baca artikel berkaitan: 1,367 positif, PKPD 28 mukim Kota Setar dilanjutkan
Sebelum ini, daerah Kota Setar dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sejak 19 Mei lalu.
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

