Kubur tu kan wakaf..kenapa tolak jenazah bukan ahli kariah?

Dari Penulis

ISU kawasan tanah perkuburan tidak mencukupi di Lembah Klang bukan perkara baharu disebabkan jumlah penduduknya yang terlalu ramai. Keadaan tersebut juga menyebabkan terdapat kawasan kubur yang membenarkan jenazah dikebumikan bertingkat di atas satu kawasan.

Pertambahan kes kematian akibat COVID-19 setiap hari pada masa ini menyebabkan masalah itu semakin meruncing.

Sememangnya, sebelum ini kita mengetahui kebanyakan pengurusan atau ahli jawatan kuasa (AJK) sesuatu kawasan masjid atau surau yang menguruskan kawasan perkuburan tidak akan membenarkan jenazah bukan dari ahli kariah disemadikan di kawasan mereka.

“Itu kan kubur wakaf. Jangan utamakan kariah sahaja, benarkan tanah perkuburan untuk penduduk luar kariah juga,” luah Pengerusi Eksekutif Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJM), Muhammad Rafieudin Zainal Rasid apabila memperkatakan mengenai masalah mencari kawasan kubur untuk jenazah yang dikendalikannya.

Muhammad Rafiedin juga berkongsi pengalamannya terpaksa menangguhkan pengebumian jenazah yang meninggal akibat COVID-19 selama satu hari kerana kebanyakan pengurusan kawasan kubur menolak permintaan untuk mengebumikan jenazah tersebut di kawasan mereka atas alasan bukan ahli kariah.

BERITA BERKAITAN 67 kematian akibat COVID-19 hari ini termasuk remaja 15 tahun

Tidak dapat dipastikan sama ada kawasan perkuburan yang menolak jenazah dari luar itu hanya menerima peruntukan atau derma dari ahli-ahli kariah kawasan mereka ketika membangunkan kawasan perkuburan tersebut.

Jika ya, mereka ‘hanya menerima peruntukan dan derma dari ahli kariah’ sahaja dan mengeluarkan peruntukan sendiri bagi membeli dan membangunkan kawasan tanah perkuburan tersebut, mungkin ia tidak menjadi isu.

Tetapi semua daripada kita tahu bahawa kebanyakan kawasan perkuburan adalah kawasan yang diwakafkan sama ada oleh kerajaan, majlis-majlis agama atau pihak persendirian dan ‘bukannya dari wang saku ahli-ahli kariah sahaja.’

Maka tidak sepatutnya timbul kawasan itu adalah eksklusif untuk ahli-ahli kariah yang telah ‘booking’ kawasan kubur mereka untuk diletakkan berhampiran dengan kubur sanak saudara apabila meningggal kelak.

“Mati kita di mana dan bila itu adalah urusan Allah SWT. Yang ada (jenazah) sekarang, yang mati sekarang perlu diselesaikan,” tegas Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd Shahzihan Ahmad.

Beliau turut mengakui mengenai masalah AJK atau pihak pengurusan tanah kubur yang menolak jenazah yang bukan dari kawasan kariah mereka atau alasan kuota telah penuh, terutama membabitkan pesakit Covid-19.

“Ini kerana sudah ada isu-isu berlaku penolakan yang kita tidak tahu siapa yang menentukan bahawa hanya kubur-kubur tertentu boleh kebumi jenazah pesakit Covid-19.

“Isu-isu melibatkan jenazah mesti disegerakan, saya akan ambil keputusan bersama dan akan dibentangkan senarai kubur di semua daerah khususnya daerah di Lembah Klang.

“Saya akan buat keputusan menetapkan semua jenazah di mana-mana (kubur) yang paling hampir dan dikebumikan di situ. Semua perlu beri kerjasama,” katanya kepada mStar.

“Fatwa pun telah ada dibolehkan kubur bertingkat. Jangan jadikan halangan bahawa seolah-olah kubur itu untuk ahli kariah. Agama tidak ajar begitu.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Mohd Ajib Ismail berkata, sebanyak tiga tanah perkuburan di bawah seliaan Jawi menjadi lokasi pengebumian jenazah berkaitan kes Covid-19 sejak lebih setahun lalu.

Jelasnya, tiga Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah (TPIRS) ialah TPIRS KL-Karak, TPIRS Bukit Kiara dan dan TPRS Kg Melayu Kepong.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor buka tirai Sabtu ini, keputusan bakal status quo?

GENDANG Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 bakal dipalu secara rasmi Sabtu ini apabila tirai proses penamaan calon dibuka...

More Articles Like This