Risau keadaan penduduk Gaza, Simon Cowell sanggup tarik diri sebagai juri X Factor Israel

Dari Penulis

JURI program realiti televisyen popular, Simon Cowell telah menarik diri sebagai salah seorang barisan juri musim terbaharu X Factor Israel.

Memetik laporan Mirror, wakil penerbit rancangan tersebut iaitu Reshet memberitahu Cowell membuat keputusan tersebut atas sebab tersendiri.

Malah, Reshet turut mengesahkan Cowell tidak akan terbabit dalam mana-mana bahagian dalam siaran itu kelak.

Hujung tahun lalu, difahamkan Cowell telah menandatangani perjanjian untuk menjadi salah seorang juri bagi musim terbaharu X Factor Israel yang akan memulakan penggambaran pada musim panas ini.

Pembatalan itu disahkan setelah kakitangan Cowell membuat panggilan telefon menyatakan kerisauannya terhadap keganasan yang berlaku di Gaza, baru-baru ini.

Difahamkan, pihak produksi X Factor kecewa dengan berita penarikan Cowell sekaligus dia akan membuat sebarang kemunculan dalam rancangan tersebut.

X Factor Israel buat julung kalinya memilih penyertaan dari negara Israel sempena Pertandingan Lagu Eurovision 2022 yang akan diadakan di Itali.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Reda rumah tangga runtuh lagi, Kaka Azraff pilih fokus besarkan 3 anak selepas sah bercerai talak dua

SELEPAS pelbagai usaha dilakukan demi mempertahankan mahligai cinta yang dibina, penyanyi, Kaka Azraff akhirnya akur apabila jodohnya bersama suami,...

More Articles Like This