Club Brugge KV ucap tahniah kepada Dion Cools sertai skuad Harimau Malaya

Dari Penulis

BEKAS kelab Dion Johan Cools, Club Brugge KV mengucapkan tahniah di atas penyertaan pemain itu ke skuad kebangsaan Malaysia pada baki perlawanan kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023.

Menerusi Twitter rasmi mereka, kelab itu memberikan penghargaan kepada Dion Cools yang beraksi bersama kelab itu selama empat setengah musim sebelum berhijrah ke FC Midtjylland.

“Bekas pemain Brugge, Dion Cools secara rasminya menjadi warganegara Malaysia. Dia sudah beraksi dengan pasukan muda Belgium dan pernah beraksi dalam temasya EURO B-21 Tahun pada 2019.

“Selamat maju jaya kepada Dion dalam pengembaraan baharu ini,” katanya ciapan itu.

Semalam, pemain berdarah campuran Belgium-Malaysia, Dion Cools disahkan bakal memperkasa skuad Harimau Malaya untuk menghadapi perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Emiriah Arab Bersatu (UAE) bermula 4 Jun ini.

Perkara itu disahkan sendiri Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin menerusi satu kenyataan persatuan itu sekali gus menjawab persoalan mengenai tonggak pertahanan tersebut.

Dalam pada itu, memetik laporan Vocket FC, Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe memuji sikap yang ditampilkan pemain kacukan, Dion Cools yang kelihatan begitu yakin dalam usaha menyesuaikan diri dengan rakan sepasukan baharunya.

Pujian itu dihamburkan oleh Cheng Hoe selepas beliau ditanya oleh Hamidin tentang perkembangan hari pertama Dion Cools bersama pasukan dalam satu video yang dimuat naik di laman media sosial rasmi FAM.

Baca artikel berkaitan: Teka-teki terjawab, Dion Cools kini Harimau Malaya

“Dia memberikan kami tanggapan yang cukup baik di mana ia menunjukkan dia tampak sungguh yakin.  Dia boleh menyesuaikan diri dengan baik bersama pasukan.”

“Kelihatan juga dia mempunyai sikap yang cukup baik dan lebih penting dia dapat sesuaikan diri dengan rakan sepasukan dan dapat bermain sebagai satu pasukan.”

“Kerjasama berpasukan itu yang paling penting,” ujar Cheng Hoe.

Kehadiran Cools ke dalam skuad kebangsaan sekali gus menjadi pemain berdarah kacukan keenam negara selepas Junior Eldstal, La’Vere Corbin Ong, Matthew Davies, Samuel Somerville dan Brendan Gan.

Dalam saingan peringkat kelayakan kali ini, Malaysia turut mempunyai tiga pemain naturalisasi iaitu Mohamadou Sumareh, Liridon Krasniqi dan Guilherme De Paula.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Tular video curi kabel di MRR2, polis giat buru empat individu

POLIS sedang mengesan empat individu yang dipercayai terlibat dengan perbuatan mencuri kabel di tepi Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2),...

More Articles Like This