Cubaan Najib ‘probok’ penjawat awam gagal, siapa lebih besar jiwanya?

Dari Penulis

Oleh SALADIN HASAN SALLEH

KEBELAKANGAN ini, lincah betul ‘Perdana Menteri Facebook’, Datuk Seri Najib Tun Razak membuat perutusan melalui saluran media sosial. Kegigihannya terserlah apabila sekurang-kurangnya lima status dimuat naik pada setiap hari.

Sambil menghidangkan fakta dan angka, penulisannya bersulam ‘probok’ (baca dalam nada bekas Pengerusi Prasarana) supaya timbul kebencian rakyat kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Malah, Najib dalam satu status minggu lepas berkata, dia tidak kisah digelar penghasut atau cuba menanam kebencian kerana niatnya adalah demi rakyat. Murni sungguh niat Bossku.

Tetapi rakyat pun faham sangat, pejuang rakyat sebegini muncul bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan apabila UMNO tumbang dalam PRU-14. Semakin banyak pertuduhan mahkamah yang dihadapi, semakin hebatlah mereka beraksi sebagai pejuang rakyat. Apatah lagi bagi yang sebelah kakinya sudah berada di Sungai Buloh.

Ada sahaja yang tak betul di matanya. Itu tak kena, ini tak kena. Terbaharu, Najib memuat naik kenyataan akhbar Ketua Setiausaha Negara (KSN) berkenaan sumbangan kepada Akaun Amanah Bencana dengan status ringkas tetapi menjerit: Penjawat awam turut ikat perut.

Alamak Datuk Seri, sumbangan serendah RM10 sebulan pun sampai kena ikat perut ke?

Barangkali kerana merasa terpukul, ramai penjawat awam masuk meninggalkan komen di Facebook Najib yang mereka tak kisah pun menyumbang malah bangga dapat berbuat demikian. Dengan kata lain, mereka tak sampai ke tahap terpaksa mengikat perut.

“20 ringgit je..xda ikat perut pun. dlm rezeki kita ada hak org lain. xda hal la…janji dpt bagi sumbangan pada mereka yg perlukan. saya halalkan…byk dah kerajaan bantu kita, ni la masa yg sesuai kita bantu mereka yg perlukan. sbb duit tu utk sahabat² ,sedara mara dan rakyat malaysia yg perlukan,” – Tok Wee

“Saya sebagai penjawat awam ok ja…xdak masalah..moga gaji kami bertambah berkat…#kongsirezeki #sahamakhirat,” – Muhammad Aamir Abdul Samat

“Dalam celah-celah rezeki kita, ada rezeki orang lain juga. Insyaallah rata-ratanya tak terkesan dengan potongan dari serendah RM 10 sebulan. Tak ada istilah ikat perut. Tak ada isu pun. Demi negara yang tercinta, sama-sama kita berkorban,” – Nurul Syazwani

“Anggap la sedekah.. rm10 jer…. ape la sgt…. saham akhirat…. jgn nak menghasut bossku…. bossku seorang yg dihormati… kami xde mslh pun rm10 tu…. ekzos y suku lagi mahal..,” – Asraf Arif

Ini cuma sebahagian daripada komen yang ditinggalkan penjawat awam. Dari situ kita dapat menilai betapa besarnya jiwa penjawat awam yang bangga dapat berkorban untuk negara dalam waktu sukar akibat pandemik COVID-19. Terima kasih…

Semoga jiwa besar sebegini sedikit sebanyak membetulkan pandangan serong terhadap penjawat awam. Sejak COVID-19 menjadi pandemik lebih setahun yang lalu, kita sering mendengar kata-kata kurang enak seperti:

“Untung lah orang kerajaan, gaji jalan, bantuan pun dapat”, “Seronok lah orang gomen kerja dari rumah, gaji buta”, “Syokla kerja kerajaan, lagi lama PKP lagi bagus. Hujung bulan cucuk duit,”.

Kerap penjawat awam jadi mangsa lepas geram masyarakat yang tertekan dengan COVID-19, padahal mereka bukannya buat salah apa. Jadi, berlaku adillah.

Apabila penjawat awam bersedia menunjukkan solidariti bersama masyarakat dalam waktu sukar, mereka perlu disokong. Bukannya di ‘probok-probok’ kononnya terpaksa mengikat perut.

Ironya, bekas pembesar negara gagal menunjukkan jiwa besarnya dalam waktu sekritikal ini. Tindak-tanduknya seperti orang yang sangat terdesak mengejar masa. Entah apa yang menghantui fikirannya.
Malu apa Bossku?


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

UMNO berhak tentukan hala tuju sendiri menjelang pilihan raya – Asyraf Wajdi

UMNO menegaskan parti itu mempunyai hak mutlak untuk menentukan pendirian dan hala tuju politiknya sendiri menjelang mana-mana pilihan raya,...

More Articles Like This