Ismail Sabri ulas ‘tutup pintu’, bab kelulusan operasi “wajar tanya MITI”

Dari Penulis

“NAK balik, tutup la pintu,” kata Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau ditanya berhubung gambar dan kapsyen di media sosial miliknya semalam yang menjadi perhatian ramai mengenai isu ‘pintu depan sudah ditutup tapi..’.

Jawapan ringkas Ismail Sabri itu diberikan pada sidang media secara maya Pelancaran Pembinaan Hospital Modular COVID-19 Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan hari ini.

Dalam sidang media itu, Ismail Sabri juga hanya berkata “MITI boleh jawab,” apabila diajukan soalan berhubung kelulusan operasi dalam sekatan pergerakan penuh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula kelmarin.

Menurut Ismail Sabri, perkara membabitkan kelulusan operasi sudah diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) untuk diputuskan.

“Perkara ini sedang diuruskan oleh MITI, wajar tanya kepada MITI.

“Saya susah nak jawab sebab kita sudah menyerahkannya kepada MITI, jadi MITI boleh jawab,” katanya.

Baca artikel berkaitan: “Saya dah tutup pintu depan tapi …..” – Ismail Sabri

Hampir 100,000 syarikat dibenar beroperasi – MITI

Pelancaran Pembinaan Hospital Modular COVID-19 Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan yang dihadiri Ismail Sabri Yaakob./ Gambar FB Tentera Darat Malaysia.

Ismail Sabri ulas keluhan orang ramai berhubung kekeliruan kebenaran operasi perkhidmatan perlu sepanjang sekatan penuh pergerakan PKP seperti dibangkitkan wartawan.

Malah, pergerakan wakil media juga timbul isu selepas ada petugas mendakwa dikompaun walaupun sudah menunjukkan pas dikeluarkan Jabatan Penerangan selain sukar melepasi sekatan jalan raya.

Menurut Ismail Sabri seperti dilapor BH Online, perkara itu juga perlu diajukan kepada MITI.

Seperti yang disenaraikan, katanya, media adalah antara 17 perkhidmatan perlu bagi sektor komunikasi yang dibenarkan beroperasi.

“Media sebenarnya antara 17 perkara yang saya sudah umumkan di bawah komunikasi dan media.

“Ia disebutkan secara jelas tanpa memperincikan apa jenis media kerana saya takut orang keliru, sebab bila saya sebut penyiaran, takut orang ingat itu untuk televisyen dan sebagainya.

“Jadi saya tulis dalam pengumuman itu sebagai media, bermakna semua jenis media termasuk dalam keperluan asas yang kita benarkan.

“Justeru, jika ada perkara berbangkit berhubung operasi media ketika tempoh PKP penuh, itu kena tanya MITI,” jelasnya.

Sementara itu, Ismail Sabri memaklumkan, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan membina enam lagi Hospital Medan bagi menampung jumlah pesakit COVID-19 yang kian meningkat.

Katanya, pembinaan berkenaan adalah selaras dengan pengumuman kerajaan yang memperuntukkan sebanyak RM1 bilion bagi meningkatkan kapasiti dan memperkukuhkan kesihatan awam di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA Tambahan), 31 Mei lepas.

“Peruntukan berkenaan akan digunakan untuk menambahkan tenaga kerja seperti doktor, paramedik, peralatan kesihatan dan lain-lain lagi. Makanya, kita akan ada lapan buah Hospital Medan (termasuk dua yang diumumkan sebelum ini) dengan peruntukan baharu ini. 

“Apa yang dilakukan pihak ATM ini bukan sahaja boleh membantu kerajaan menangani isu COVID-19 malah isu berkaitan (pemberian) vaksin,” katanya.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli MRSM: Empat disingkirkan, dua lagi digantung

EMPAT disingkirkan manakala dua lagi pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Johor digantung persekolahan selepas terbabit kes buli. Perkara...

More Articles Like This