“Saya dah tutup pintu depan tapi ……………….. ?”
Sebaris ayat dan sekeping gambar tetapi memberikan sejuta makna.
Ibaratnya, ‘anda tahu, saya tahu’ apa dimaksudkan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob walaupun beliau tidak merujuk sesiapa.
Ismail Sabri berada di barisan hadapan bagi pihak Kerajaan dalam soal berkaitan bukan kesihatan sepanjang negara berperang dengan COVID-19.
Beliau bertanggungjawab memaklumkan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dari yang pertama sehingga yang terbaru.
Namun, sejak semalam ramai mempersoalkan kenapa hampir 100,000 syarikat dibenarkan beroperasi dalam tempoh sekatan penuh ekonomi dan sosial fasa pertama PKP 3.0.
Malah, tular beberapa page troll yang secara sinis mengkritik jumlah syarikat yang dibenarkan kementerian berkenaan.
Antara yang jadi perhatian mengenai sindiran ‘pintu depan ditutup tetapi pintu belakang dibuka’.
Justeru apabila Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) menerusi hantaran terbarunya di media sosial menggunakan perkataan pintu depan sudah ditutup petang ini, ia pantas mengundang perhatian ramai.
Malah di Facebook beliau, dalam tempoh sejam mendapat 40,000 tanda like.

Di Instagram, gambar berkenaan turut mendapat tanda like daripada seorang lagi personaliti utama dalam tempoh peperangan dengan COVID-19.
Baca artikel berkaitan: Hampir 100,000 syarikat dibenar beroperasi – MITI
Ini usaha kita bersama, ayuh Malaysia, Kita Mesti Menang!!J
ika PKP 1.0 sekali lagi, 2.8 juta hilang kerja – Azmin Ali
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

