Euro 2020: Alexander Arnold terpaksa direhatkan

Dari Penulis

TONGGAK pertahanan kanan Liverpool, Trent Alexander-Arnold terpaksa melupakan hajat untuk membuat penampilan sulung di pentas Euro 2020 gara-gara mengalami kecederaan paha ketika menentang Austria awal pagi semalam.

Ketua Jurulatih England, Gareth Southgate berdepan tugas sukar untuk membuat pemilihan di bahagian pertahanan kanan pasukan kerana beliau perlu memilih antara Kyle Walker, Reece James dan Kieran Tripper.

Senarai itu ternyata sukar kerana setiap pemain mempunyai kelebihan masing-masing dan telah mempamerkan aksi cemerlang bersama kelab musim ini.

Bagaimanapun, nasib jelas tidak menyebelahi pemain muda itu apabila dia mengalami kecederaan paha pada lewat permainan ketika pasukannya menewaskan Austria 1-0.

Southgate telah pun membayangkan kecederaan yang dialami oleh Trent sebagai petanda kurang baik sebelum mereka masuk ke gelanggang Euro 2020.

““Ia bukan petanda yang bagus,” katanya.

Baca artikel berkaitan: Kecederaan Trent bikin Southgate cemas

Pemerikasaan awal pagi tadi mengesahkan bahawa Trent telah mengalami koyak otot tahap dua.

Ia bermakna dia memerlukan waktu rehat sekurang-kurangnya enam minggu dan tidak akan terlibat dengan Euro 2020, di mana England akan memulakan kempen menentang Croatia pada 13 Jun ini.

Southgate masih belum memuktamadkan pengganti pemain itu menjelang perlawanan persahabatan menentang Romania hujung minggu ini.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Jenazah suami Nancy Shukri diterbangkan ke Kuching hari ini

JENAZAH suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri iaitu Datuk Kamil Misuari akan diterbangkan...

More Articles Like This