Walaupun secara maya, Kongres Nasional PKR ditangguhkan

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

WALAUPUN dijadualkan berlangsung secara maya, namun Kongres Nasional Tahunan Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2020, hari terakhir esok terpaksa ditangguhkan.

Ketua Setiausaha Pengelola PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, ia selepas PKR menerima surat daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada pukul 6.21 petang semalam.

Pada masa sama, Nik Nazmi yang juga Pengarah Kongres PKR memaklumkan, parti itu juga menerima pemberitahuan secara lisan daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang mengarahkan Kongres Nasional PKR itu ditangguhkan.

Nik Nazmi menegaskan, arahan terbaharu MKN itu bagaimanapun bertentangan dengan surat bertarikh 27 Mei yang telah menyatakan bahawa tiada halangan terhadap penganjuran Kongres Nasional PKR secara dalam talian.

“PKR merakam bantahan keras tetapi terpaksa akur dengan arahan ini dan Majlis Pimpinan Pusat telah membuat keputusan untuk menangguhkan Kongres Nasional parti ke satu tarikh yang akan diumumkan kemudian.

Baca artikel berkaitan: Kenyataan Iswardy tidak mewakili pendirian PKR – Fahmi

DAP, PKR rakan terbaik UMNO bentuk Perikatan 3.0?

“Butiran keputusan ini akan diumumkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam amanat khas esok menerusi Facebook parti pada pukul 11 pagi.

“Beliau juga akan turut menyentuh isu ekonomi dan COVID-19 serta perkembangan politik terkini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kongres PKR yang berlangsung selama tiga hari membuka tirai persidangan sepenuhnya secara maya semalam ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh.

Ia sekali gus menjadi persidangan pertama diadakan secara dalam talian sepanjang 22 tahun penubuhan PKR.

Kongres tahunan ke-15 itu dimulakan dengan Persidangan Wanita menerusi ucapan Penasihat PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail diikuti ucapan dasar oleh Ketua Wanita, Fuziah Salleh.

Hari ini, satu lagi sayap PKR iaitu Angkatan Muda Keadilan (AMK) turut mengadakan persidangan dimulakan dengan ucapan dasar oleh Ketua AMK, Akmal Nasrullah Mohd. Nasir.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson sepatutnya menyampaikan ucapan dasar esok iaitu hari terakhir kongres tahunan tersebut berlangsung.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

‘Datuk’ disyaki ketua kongsi gelap antara 291 ditahan, dadah RM6.26 juta dirampas

SEORANG lelaki bergelar 'Datuk' dipercayai ketua sebuah kumpulan kongsi gelap menjadi antara 291 individu ditahan dalam Op Gaurus dilaksanakan...

More Articles Like This