Wujudkan Pangkalan Data Perlindungan Sosial yang lebih menyeluruh – Muhyiddin

Dari Penulis

TAN Sri Muhyiddin Yassin meminta agar diwujudkan Pangkalan Data Perlindungan Sosial (PDPS) merentas pelbagai agensi yang meliputi elemen pekerjaan, insurans sosial dan bantuan sosial.

Perdana Menteri berkata, pangkalan data itu bakal menjadi rujukan tunggal program dan profil perlindungan sosial negara.

“Ini bertepatan dengan hasrat saya yang mahu satu pendekatan baharu yang lebih berkesan dalam menyediakan liputan perlindungan sosial lebih menyeluruh terutamanya kepada kumpulan rentan dapat disediakan,” katanya.

Katanya, rakyat yang terkesan dengan pandemik COVID-19 serta kelompok yang tidak diliputi oleh mana-mana jaringan keselamatan sosial negara seperti mereka yang berada dalam sektor tidak formal dan persendirian perlu dikenal pasti keperluan mereka agar bantuan segera yang bertepatan dapat diberikan.

“Dengan jaringan keselamatan sosial negara diperkukuh dan diperluaskan melalui Majlis Perlindungan SOsial Malaysia (MySPC), saya yakin lebih banyak isi rumah kategori miskin atau miskin tegar dapat dibantu dan dilindungi,” katanya.

BERITA BERKAITAN Muhyiddin, Dr.Noor Hisham, Karim hadapi penangan sindrom thin-line

Beliau berkata demikian dalam kenyataan di media sosial hari ini selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Majlis Perlindungan Sosial Malaysia (MySPC) secara sidang video hari ini.

Katanya, bantuan sosial yang diberikan tidak harus terhad kepada bantuan tunai atau pemberian bakul makanan sahaja sebaliknya, meliputi aspek mobiliti sosial serta nilai tambah yang boleh meningkatkan pendapatan mereka.

MySPC yang ditubuhkan pada 2016 dan kali terakhir bermesyuarat pada Disember 2019, kini diaktifkan semula bertujuan menyelaras agenda kesejahteraan sosial yang menyeluruh dan bersepadu khususnya agenda menangani kemiskinan.

MySPC dianggotai 15 kementerian, Ketua Setiausaha Negara, Gabenor Bank Negara dengan Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri selaku urusetia.

Muhyiddin berkata, mesyuarat kali ini menumpukan kepada agenda peluasan dan pemantapan program jaringan keselamatan sosial negara antaranya melalui cadangan penambahbaikan dan perluasan skim perlindungan oleh PERKESO kepada kelompok yang tidak diliputi oleh mana-mana jaringan keselamatan sosial.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pelajar maut di sekolah: Tiada kaitan buli setakat ini – KP Pendidikan

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) setakat ini tidak menemukan sebarang petunjuk yang mengaitkan kematian seorang pelajar perempuan tingkatan empat di sebuah...

More Articles Like This