BERSEMPENA bulan Ramadan, Yayasan Shapadu tekad mengagihkan sejumlah sumbangan kepada golongan memerlukan setiap hari di perkarangan The Grand Campbell Hotel, Kuala Lumpur.
Pengarah Yayasan Shapadu, Datin Seri Ema Syuhaili Mohamad Sukor berkata, inisiatif ini bukan sahaja sekadar satu ibadah mulia malah bertujuan membantu golongan yang memerlukan dan menyemarakkan semangat kebersamaan.

“Sumbangan yang diberikan adalah berbentuk wang tunai dan bakul Ramadan yang terdiri daripada barangan keperluan asas.
“Yayasan Shapadu pada tahun ini tekad membuat agihan sumbangan setiap hari bersempena bulan mulia ini.
“Diharapkan sumbangan ini dapat membantu meringankan beban mereka,” ujarnya
Turut hadir memeriahkan majlis ialah penyanyi popular tanah air, Datuk Jamal Abdillah.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

