JIKA sebelum ini dua hari berturut-turut kes harian COVID-19 berada pada angka sekitar 5,000, hari ini jumlah penularan kembali meningkat kepada 6,239 kes baharu.
Peningkatan ini antara lain disebabkan kes baharu yang dilaporkan di Selangor kembali melepasi angka 2,000.
Hari ini menyaksikan 2,291 kes baharu dilaporkan di Selangor – negeri yang paling banyak melaporkan kes pada gelombang kali ini.
Menurut statistik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kedua tertinggi hari ini ialah Kuala Lumpur dengan 704 kes diikuti jiran Lembah Klang iaitu Negeri Sembilan (507 kes).
Keempat tertinggi hari ini ialah Johor dengan 468 kes disusuli Sarawak (419 kes), Perak (340 kes) dan Kelantan (340 kes).
Pahang yang pernah mencatatkan 99 kes kelmarin kembali meningkat kepada 232 kes.
Seperti mana sebelum-sebelum ini, Perlis terus melaporkan kes terendah dengan empat kes.

Sehingga 9 Jun 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 6,239 kes (633,891 kes)
Pecahan setiap negeri (Kumulatif):
Selangor – 2,291 (207,335)
Sabah – 232 (64,788)
WPKL – 704 (64,542)
Johor – 468 (62,822)
Sarawak – 419 (53,000)
Negeri Sembilan – 507 (31,555)
Pulau Pinang – 194 (31,285)
Kelantan – 340 (31,027)
Perak – 175 (23,003)
Kedah – 135 (20,929)
Melaka – 150 (14,173)
Pahang – 232 (11,214)
Terengganu – 171 (10,265)
WP Labuan – 200 (5,352)
WP Putrajaya – 17 (2,058)
Perlis – 4 (543)
Baca artikel berkaitan: Jangkitan baharu naik sedikit 5,566 kes, Melaka lebih 300
Kes baharu turun lagi kepada 5,271, terendah sejak 19 hari
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

