Liga M pun asyik isu gaji, dapatlah naturalisasi macam yang ada

Dari Penulis

MARCOS Senna antara segelintir pemain naturalisasi yang benar-benar membawa impak kepada negara baru yang diwakilinya.

Yang lain, ada sekadar penumpang bahkan lebih malang ada menjadi seperti tikus membaiki labu.

Tetapi kehadiran Senna yang merupakan warganegara Brazil benar-benar mengubah nasib malang skuad La Roja .

Walau gah dengan reputasi Real Madrid dan Barcelona di peringkat aksi kelab Eropah, Sepanyol sentiasa kecewa dalam aksi Piala Dunia mahupun Kejohanan Negara Eropah atau Euro.

Justeru, daripada kemarau sebarang kejohanan utama, Senna membantu membawa pulang Euro 2008 ke bumi Sepanyol buat kali pertama.

Marcos Senna antara pemain Brazil yang bermain untuk negara lain di peringkat antarabangsa dan Malaysia juga mempunyai seorang pemain naturalisasi berasal dari Brazil.

Memang bola sepak dimainkan 11 orang, tetapi aksi Senna mengagumkan ramai malah dipilih pemain terbaik Euro 2008.

Senna bukan berprofil tinggi, tetapi pemain tengah bertahan Villareal itu melengkapkan apa diperlukan skuad Sepanyol untuk bergelar juara.

Akhirnya, itulah kisah seorang pemain naturalisasi yang benar-benar menguntungkan negara baharunya.

Untuk Euro 2020 tidak lama lagi, Sepanyol menguatkan pasukan dengan pertahanan asal Perancis, Americk Laporte.

Laporte dari wilayah Basque lulus untuk wakili Sepanyol dan bintang Manchester City itu dibawa masuk kerana dia benar-benar diperlukan, bukan kerana sekadar nak ambil.

Memang sejak 90-an, bola sepak antarabangsa sudah berubah landskap dengan kehadiran pemain asing dan seperti ada satu perlumbaan pula.

Kehadiran pemain asing dipermudah kerana pertama adalah faktor warisan atau Granny Rule seperti mempunyai pertalian darah keluarga dengan negara baru yang ingin diwakili.

Ramai juga pemain kelahiran Perancis misalnya bermain dengan negara asal bapa atau nenek mereka di Afrika Utara.

Kedua, menerusi naturalisasi, iaitu perolehan kerakyatan yang memang prosesnya didorong untuk tujuan sukan dengan tinggal di sebuah negara selama lima tahun seperti disyaratkan FIFA.

Dalam kategori kedua, Malaysia tak ada ramai. Baru tiga, dengan terkini Guillherme de Paula yang layak kerana sudah bermain di liga kita lebih lima tahun. Kaedah ini dikenali Home Nations.

De Paula juga berasal dari Brazil sama seperti Senna mahupun Diego Costa yang bermain untuk Sepanyol di pentas antarabangsa.

Baca artikel berkaitan: Pemain naturalisasi Harimau Malaya dikritik ‘pedas’ peminat selepas tewas 0-4 kepada UAE

Cuma aksi de Paula pada perlawanan sulungnya menyarung jersi Harimau Malaya menjadi bahan membawang peminat bola sepak tanah air.

Memanglah de Paula asalnya Brazil, tetapi jangan pula mengharapkan dia seperti Diego Costa yang juga ada kalanya kena kecam dengan peminat La Roja.

Tahap de Paula pun bermain di Liga Malaysia. Maka, dalam lingkungan itu jugalah kebolehannya yang sukar nak menandingi pasukan lebih baik dalam ranking dunia seperti Emiriah Arab Bersatu (UAE).

De Paula pemain naturalisasi terbaru Malaysia selepas memenuhi syarat FIFA berkuat kuasa 1 Jun lalu.

Justeru, dalam aksi malam ini menentang Vietnam, wajarkah de Paula diberi peluang sekali lagi?

Kenapa tidak, jika dia lebih baik dari penyerang yang lain dalam skuad Malaysia ketika ini.

Kalau nak dapat kualiti bawah sikit dari Diego Costa, kenalah liga Malaysia diangkat tarafnya.

Tapi kalau isu gaji pemain pun tak boleh selesai, terimalah hakikat kalau ada setakat de Paula saja nak main di liga kita.

Maklumlah, kalau nasib-nasib dapat import yang baik pun tetapi gaji tertunggak, semusim dua angkat lah kaki. Macam mana nak cukup lima tahun.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

JustMarkets perkukuh kedudukan global, senaraikan saham SpaceX di platform dagang

SEJAJAR dengan perkembangan pesat dan revolusi ekonomi angkasa lepas, firma pembrokeran antarabangsa terkemuka, JustMarkets, melakar sejarah tersendiri apabila mengumumkan...

More Articles Like This