FAM masih hentikan program naturalisasi pemain kebangsaan

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) masih menghentikan program naturalisasi pemain di peringkat kebangsaan buat sementara waktu ini.

Perkara tersebut disahkan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim di Dewan Rakyat hari ini.

Namun begitu, Adam Adli memberitahu, kelab-kelab bola sepak yang bernaung di bawah Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) masih boleh meneruskan program naturalisasi tersebut.

Kata beliau, perkara tersebut bagaimanapun perlu mematuhi langkah serta prosedur yang ditetapkan kerajaan.

“Pemain naturalisasi ini mewujudkan persekitaran yang kompetitif dengan memberikan persaingan kepada pemain tempatan untuk disenaraikan dalam kesebelasan utama pasukan kebangsaan.

“Di samping itu, kehadiran pemain dalam kategori ini juga turut membantu meningkatkan mutu permainan bola sepak Malaysia yang dapat dilihat menerusi peningkatan ranking antarabangsa sekarang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Jimmy Puah (PH-Tebrau) sama ada program naturalisasi akan diteruskan, selain usaha kerajaan untuk meningkatkan kualiti sukan bola sepak negara.

Jun lalu, FAM mengesahkan program naturalisasi pemain bola sepak profesional yang diperkenalkan pada 2018 dihentikan bagi memberi peluang kepada pemain tempatan membarisi skuad kebangsaan.

Baca artikel lain: FAM rancang enam aksi persahabatan untuk Skuad B-23

Bagaimanapun FAM tidak sesekali menghalang kelab ataupun negeri untuk meneruskan program naturalisasi ini kerana itu adalah hak setiap pihak pengurusan berkenaan.

Mengulas lanjut, Adam Adli turut memaklumkan seramai empat pemain naturalisasi dan tujuh pemain warisan yang mempunyai pertalian darah keluarga warganegara Malaysia telah disenaraikan dalam pasukan Harimau Malaya sewaktu Piala Asia 2023 di Doha, Qatar, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Adam Adli memberitahu, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui Majlis Sukan Negara (MSN) dengan kerjasama FAM telah pun mewujudkan Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) sejak 2014 sebagai usaha utama meningkatkan prestasi bola sepak negara secara menyeluruh.

Jelasnya, program tersebut memberi tumpuan kepada pemain di peringkat umur tujuh hingga 17 tahun.

“Program ini merupakan pelan strategik jangka panjang yang menggariskan sembilan inisiatif bagi menghasilkan generasi baharu pemain bola sepak Malaysia yang boleh bersaing di peringkat Asia dan dunia seterusnya Insya-Allah, layak ke Piala Dunia.

“Sehingga kini NFDP mempunyai seramai 16,228 pemain dan 767 jurulatih daripada 63 Akademi Tunas; 63 pusat latihan daerah, 14 sekolah sukan negeri dan sebuah sekolah sukan kebangsaan serta sebuah Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari (AMD),” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Remaja 17 tahun maut Honda Wave terlibat kemalangan dengan lori

SEORANG remaja berusia 17 tahun maut selepas motosikal jenis Honda Wave yang ditunggang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori...

More Articles Like This