Alhamdulillah.. Jangkitan baharu mencatatkan kes di bawah 5,000 hari ini sejak PKP3.0

Dari Penulis

MALAYSIA menunjukkan penurunan kes COVID-19 dua hari berturut-turut apabila 4,949 jangkitan baharu dilaporkan hari ini sekali gus menjadikan keseluruhan kes kini sebanyak 662,457.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor bagaimanapun masih kekal dengan rekod kes harian tertinggi iaitu sebanyak 1,523 kes diikuti Sarawak (744 kes) dan Kuala Lumpur (503 kes).

Dalam pada itu, kes kematian merekodkan pertambahan sebanyak 60 kes menjadikan jumlah kumulatif kes kematian sebanyak 3,968.

Mengikut statistik, 43 kes kematian melibatkan pesakit berumur 60 tahun ke atas dan 17 kematian membabitkan pesakit berumur 30 hingga 59 tahun.

Berdasarkan jumlah jangkitan baharu COVID-19, Dr Noor Hisham memaklumkan, sebanyak enam kes import dilaporkan menerima jangkitan dari luar negara.

“Kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah sebanyak 71,625 kes,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Dalam tempoh 24 jam lalu juga, sebanyak 921 kes sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu 459 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.

Jumlah pesakit yang sembuh juga menunjukkan peningkatan iaitu sebanyak 6,588 menjadikan jumlahkeseluruhan kes sembuh ialah 586,864.

Status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 14 Jun 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 6,588 kes (586,864 kes kumulatif, 88.6%);
  • Kes baharu : 4,949 kes (662,457 kes kumulatif);
  • Kes import : kes (2 warganegara; 4 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 4,943 kes [4,019 warganegara (81.3%); 924 bukan warganegara (18.7%)];
  • Kes aktif : 71,625 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) :921 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 459 kes;
  • Kes kematian : 60 kes (3,968 kes kumulatif, 0.60%; 58 warganegara, 2 bukan warganegara);
  • Jumlah kluster : 2,494 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 17 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat :1,720 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 774 kluster.

Sebanyak 60 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 18 kes di Selangor, sembilan (9) kes di Johor, lapan (8) kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, tujuh (7) kes diNegeri Sembilan, enam (6) kes diSarawak, empat (4) kes di  Wilayah Persekutuan Labuan, masing-masing dua (2) kes di Pulau Pinang dan Kelantan,serta masing-masing satu (1) kes di Sabah,Terengganu, Perak, dan Melaka.

Berikut merupakan pecahan kes bagi setiap negeri:

Selangor – 1,523
Kuala Lumpur – 503
Sabah – 273
Johor – 430
Sarawak – 744
N Sembilan – 323
P Pinang – 214
Kelantan – 214
Perak – 136
Kedah – 199
Melaka – 119
Pahang – 61
Terengganu – 86
WP Labuan – 113
WP Putrajaya – 10


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Sindiket potong minyak masak peket tumpas, 59 tan dirampas – KPDN

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menumpaskan satu rangkaian sindiket penyelewengan minyak masak peket bersubsidi yang...

More Articles Like This