Beberapa lokaliti di Perak, Pahang tamat PKPD

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

BEBERAPA lokaliti yang terletak di Perak dan Pahang akan ditamatkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selepas berlaku penurunan kes baharu COVID-19.

Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, penamatan PKPD di Perak membabitkan tiga perkampungan Batu 9 Lekir, mukim Lekir, Manjung.

Katanya, tiga perkampungan terbabit ialah Kampung Tanjung Kepah, Kampung Batu 9 dan Kampung Sungai Lombong.

Beliau berkata, PKPD di ketiga-tiga kampung tersebut sepatutnya ditamatkan pada 19 Jun ini.

Dalam tempoh PKPD, Ismail Sabri berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melakukan 773 ujian saringan di ketiga-tiga perkampungan dan mendapati 51 daripadanya disahkan positif COVID-19.

“KKM juga mengesahkan berlaku penurunan kes dan kluster adalah terkawal manakala semua kes positif telah menerima rawatan.

“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju menamatkan PKPD di tiga perkampungan seperti dinyatakan pada 11.59 malam hari ini, lebih awal daripada yang dijadualkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Lapan lokaliti di Sabah dikenakan PKPD hingga 30 Jun

Sementara itu, Ismail Sabri turut mengumumkan PKPD di Felda Tersang 1, 2 dan 3, mukim Batu Talam, Raub, Pahang yang sepatutnya tamat pada 24 Jun depan akan berakhir malam ini.

Kata beliau, KKM mengesahkan berlaku penurunan kes dan kluster adalah terkawal manakala semua kes positif telah menerima rawatan.

“Sepanjang tempoh itu KKM telah melakukan 1,065 ujian saringan dan 19 daripadanya disahkan positif COVID-19.

“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju menamatkan PKPD di lokaliti tersebut pada pukul 11.59 malam hari ini, lebih awal daripada yang dijadualkan,” jelas beliau.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anwar mohon maaf tak dapat hadir majlis penghormatan terakhir Ayatollah Ali Khamenei

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat Iran atas pemergian Allahyarham...

More Articles Like This