Lapan lokaliti di Sabah dikenakan PKPD hingga 30 Jun

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PENINGKATAN kes baharu penularan COVID-19 dalam kalangan komuniti telah membuatkan lapan lokaliti di Sabah akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama dua minggu.

Lapan lokaliti itu melibatkan dua di daerah Kalabakan; dua di Tawau; dua di Kota Kinabalu dan masing-masing satu di Kota Belud serta Kudat.

Kesemua lokaliti tersebut akan diletakkan di bawah PKPD berkuat kuasa Khamis ini sehingga 30 Jun depan.

Di Kalabakan, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, dua lokaliti yang telah dikenal pasti itu adalah Kampung Rancangan dan Kampung Kijang Merotai.

Menurut Ismail Sabri, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati sebanyak 11 kes positif telah direkodkan di Kampung Rancangan hasil daripada 40 saringan manakala lapan kes daripada 11 yang disaring dilaporkan di Kampung Kijang Merotai.

PKPD di Tawau pula, kata Ismail Sabri, PKPD akan dikenakan di Kampung Tanjung Batu Tengah dan Taman Semarak Megah.

Baca artikel berkaitan: Satu lokaliti di Perak dilanjutkan PKPD, 28 mukim Kedah tamat

“Sehingga kini, KKM telah melaksanakan melakukan 21 saringan di Kampung Tanjung Batu Tengah dengan 15 daripadanya dikesan positif COVID-19.

“Sementara itu, 16 kes positif telah direkodkan hasil saringan ke atas 19 individu di Taman Semarak Megah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Ismail Sabri turut mengumumkan dua lokaliti yang berada di Kota Kinabalu diletakkan di bawah PKPD adalah Kampung Rampayan dan Kampung Kionsom Kecil.

Sehingga kini, beliau berkata, KKM telah melaksanakan 21 saringan di Kampung Rampayan dengan 10 daripadanya telah dikesan positif COVID-19 manakala 13 kes positif direkodkan hasil saringan ke atas 36 individu di Kampung Kionsom Kecil.

Di Kota Belud pula, KKM hari ini melaporkan situasi semasa kes COVID-19 di Kampung Taun Gusi Peninting dengan lapan individu telah dikesan positif daripada 10 saringan yang dilakukan.

Situasi semasa kes COVID-19 juga dilaporkan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Ehsan, Kudat.

Kata Ismail Sabri, sebanyak 41 saringan telah dilakukan dan daripada jumlah itu, lapan individu dikesan positif COVID-19.

“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD di kesemua lokaliti berkuat kuasa 17 Jun sehingga 30 Jun 2021.

“Pelaksanaan PKPD ini untuk menyekat pergerakan dan penularan jangkitan COVID-19 daripada kawasan berisiko ke luar lokaliti tersebut,” jelas beliau.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Tambang percuma LRT3, bas pengantara sebulan mulai esok – Anwar

ORANG ramai boleh menikmati perkhidmatan percuma Laluan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Laluan Shah Alam selama sebulan bermula esok...

More Articles Like This