101 kematian, 19 lagi kluster, 14 libat tempat kerja

Dari Penulis

SEBANYAK 101 kes kematian akibat COVID-19 dilaporkan pada hari ini, tertinggi dalam tempoh sejak 10 hari lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 50 kes kematian hari ini dilaporkan di Selangor disusuli 11 kes di Kuala Lumpur.

Katanya, sebanyak 10 kes di Johor, lapan kes di Negeri Sembilan, empat kes di Labuan dan masing-masing tiga kes di Sabah, Pahang, Kedah, dan Kelantan.

Turut dilaporkan, katanya, dua kes di Sarawak, serta masing-masing satu kes di Pulau Pinang, Melaka, Terengganu, dan Perak.

“Pertambahan hari ini menjadikan kumulatif kematian COVID-19 kini berjumlah 4,069 yang mana tiga korban hari ini terdiri daripada warga asing,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Seperti mana sebelum-sebelum ini, kes kematian yang dilaporkan hari ini turut melibatkan beberapa kes dalam kalangan mereka yang berusia 30-an dan 40-an.

Antaranya seorang lelaki berusia 30 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan kes berkenaan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur.

Turut dilaporkan beberapa kes melibatkan jenazah dibawa ke hospital.

Kali terakhir negara melaporkan kes kematian memelbihi angka 100 adalah pada 5 Jun lalu yang mencatatkan 109 kes.

Baca artikel berkaitan: Kematian naik semula cecah 109 kes, paling muda 27 tahun

Sementara itu, kata Noor Hisham, sebanyak 922 individu positif COVID-19 kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Katanya, sebanyak 450 kes pula memerlukan alat bantuan pernafasan.

Menurut beliau, hari ini sekali lagi menyaksikan kes sembuh mengatasi kes baharu dan ini membolehkan kes aktif kini berjumlah 70,112.

Katanya, sebanyak 6,831 kes sembuh dilaporkan hari ini berbanding 5,419 kes baharu.

Baca artikel berkaitan: 5,419 kes baharu, Perak, Pahang, Terengganu bawah 100

Sementara itu, terdapat 19 lagi kluster baharu COVID-19 dilaporkan dengan 14 daripadanya adalah tempat kerja.

Kata Noor Hisham, empat lagi adalah kluster komuniti dan satu lagi kluster kumpulan berisiko tinggi.

Enam kluster tempat kerja dilaporkan di Selangor manakala daripada empat kluster komuniti, tiga di Sarawak.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pelajar Tingkatan Empat maut: PM, isteri berduka, sampaikan takziah

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail melahirkan rasa dukacita menerima...

More Articles Like This