Diskaun 50 peratus saman trafik sehingga 18 Julai

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PENULARAN pandemik COVID-19 sememangnya telah membuatkan ramai terkesan akibat pengurangan pendapatan bulanan sekali gus menyebabkan kehidupan semakin sukar.

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang sedang berjalan ketika ini turut menyukarkan segelintir golongan untuk kembali bangkit mencari rezeki menyara kehidupan.

Mengambil kira tekanan yang dihadapi, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil inisiatif menawarkan pengurangan diskaun saman trafik menerusi kempen pembayaran bermula esok sehingga 18 Julai depan.

Orang ramai yang mempunyai saman trafik ditawarkan diskaun kompaun sehingga 50 peratus menerusi kempen pembayaran secara dalam talian selama sebulan itu.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias berkata, tawaran pengurangan kompaun trafik itu adalah untuk semua saman trafik terpilih yang boleh dikompaun termasuk saman-saman dalam kategori hitam.

Kempen Bayar Saman secara dalam talian bermula 18 Jun sehingga 18 Julai 2021.

Walau bagaimanapun, kata beliau, diskaun itu tidak termasuk kes saman dalam sebutan mahkamah, kesalahan-kesalahan utama yang dilakukan tahun ini, kesalahan kenderaan berat dan kesalahan berkaitan pengubahsuaian ekzos.

Baca artikel berkaitan: Zamri dilantik Pengarah SB, Abd Jalil jadi Pengarah JSJ

Azisman berkata, orang ramai boleh mendaftar melalui portal rasmi PDRM atau pautan [email protected].

“Orang ramai juga boleh memuat turun aplikasi Google Playstore, Apple AppStore dan Huawei Gallery.

“Aplikasi Mybayar Saman telah dipertingkatkan bagi membolehkan syarikat dan entiti perniagaan mendaftar sebagai pengguna seterusnya membuat pembayaran menerusi aplikasi berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Azisman memaklumkan, semua kaunter pembayaran saman di kontinjen dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) akan ditutup sepanjang kempen tersebut berlangsung.

PDRM menyenaraikan kesalahan yang tidak ditawarkan pengurangan kompaun dalam Kempen Bayar Saman sehingga 18 Julai ini.

Beliau berkata, ia bagi mengurangkan penularan jangkitan COVID-19 dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

“Mybayar Saman merupakan inisiatif JSPT dalam menyokong hasrat kerajaan ke arah memberikan perkhidmatan pembayaran tanpa tunai sepenuhnya kepada masyarakat.

“PDRM berharap pengurangan kompaun saman ini akan dapat membantu orang ramai yang terkesan dalam situasi sukar pandemik COVID-19,” jelas beliau.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Empat direman dera pembantu rumah di Johor

DUA pasangan suami isteri ditahan polis selepas dipercayai terbabit dalam insiden memukul tiga pembantu rumah warga Indonesia yang rakaman...

More Articles Like This