24 motosikal ditahan operasi bersepadu PDRM, JPJ di Kuantan

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SEBANYAK 24 buah motosikal telah ditahan di bawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dalam Op Bersepadu Luaran dijalankan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Kuantan bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang.

BSPTD Kuantan dalam kenyataan memaklumkan, operasi bersepadu itu telah dilaksanakan di sekitar Bandar Kuantan mulai pukul 4 petang hingga 11 malam, semalam.

Menurut BSPTD Kuantan, sebanyak 140 buah motosikal telah diperiksa secara keseluruhan dalam operasi tersebut.

Katanya, 102 saman trafik dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) manakala 220 saman dikeluarkan JPJ Pahang.

“Selain itu, sebuah motosikal juga telah disita oleh JPJ Pahang.

“Antara kesalahan utama yang dikesan adalah tiada lesen memandu, nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi dan tiada cermin sisi.

“Pemeriksaan mendapati ada motosikal yang membuat pengubahsuaian ekzos dan struktur kenderaan, lesen kenderaan motor tamat tempoh, tiada perlindungan insurans serta brek yang tidak berfungsi dengan baik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Operasi bersepadu itu melibatkan pegawai dan anggota BSPTD Kuantan, JPJ Pahang, Pasukan Sukarelawan Polis (PVR) serta anggota bantuan tugas luar bagi memastikan pematuhan undang-undang jalan raya dalam kalangan pengguna.

“PDRM akan terus mempergiatkan operasi dan penguatkuasaan secara berterusan bagi membendung pelbagai kesalahan lalu lintas serta meningkatkan tahap keselamatan pengguna jalan raya,” jelasnya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Akmal cabar PM buang semua MP UMNO jika BN tiada peranan

KETUA Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh, mencabar Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, menyingkirkan semua Ahli Parlimen UMNO daripada...

More Articles Like This