Ibu angkat ditahan kurung kanak-kanak dalam stor sepanjang cuti sekolah

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SEORANG wanita ditahan selepas disyaki mengurung anak angkatnya yang berusia sembilan tahun dalam stor di sebuah rumah di Taman Tuanku Jaafar, Seremban sepanjang cuti sekolah, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Yatim Osman memaklumkan telah menerima laporan melibatkan kanak-kanak perempuan itu pada pukul 7.22 petang semalam.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati mangsa merupakan anak angkat kepada sebuah keluarga sejak berusia setahun lapan bulan.

Mohd Yatim berkata, mangsa telah diletakkan dalam sebuah stor yang tidak berkunci di belakang rumah sepanjang cuti sekolah, baru-baru ini.

“Mangsa dilapor telah diberikan makan sebanyak dua kali sehari.

“Kanak-kanak itu hanya dibenarkan masuk ke dalam rumah untuk pergi ke tandas sahaja dan perlu kembali ke stor setelah selesai.

“Mangsa juga sering dimarahi dan dipukul oleh suspek berusia 46 tahun itu disebabkan hal-hal kecil seperti didakwa mencuri makanan pada waktu malam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Yatim berkata, mangsa telah diselamatkan dan dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban untuk menerima rawatan.

Katanya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 31(1)(A) Akta Kanak-Kanak 2001.

“Polis akan membuat permohonan reman ke atas suspek di Mahkamah Majistret Seremban hari ini untuk siasatan lanjut.

“Masyarakat yang mempunyai sebarang maklumat boleh disalurkan terus kepada pegawai penyiasat kes Inspektor Zulfitri Abd Razak di talian 06-6033222,” jelasnya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

‘Terlajak kata buruk padahnya’ – Fahmi beri ingatan kepada Onn Hafiz

"TERLAJAK kata buruk padahnya". Demikian tegas Datuk Fahmi Fadzil kepada Datuk Onn Hafiz susulan kenyataan Menteri Besar Johor itu menolak...

More Articles Like This