Pengganas Israel terus cabuli gencatan senjata, Gaza dibedil lagi

Dari Penulis

BUAT kali kedua, tentera pengganas Israel terus mencabuli gencatan senjata dicapai bulan lalu dalam perang 11 hari apabila melancarkan beberapa siri serangan udara ke atas Genting Gaza, malam tadi.

Al Jazeera melaporkan, sumber Palestin di lapangan berkata, serangan udara itu mengenai beberapa lokasi milik kumpulan pejuang Palestin di barat daya Gaza City dan utara Beit Lahia di wilayah terkepung itu.

Sebuah bangunan di timur Jabaliya juga menjadi sasaran sebagai tambahan kepada sebuah kawasan pertanian di selatan bandar Khan Younis.Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.  

Berikutan serangan itu, jurucakap Hamas, Fawzi Barhoum berkata, pengeboman pengganas Zionis ke atas Genting Gaza merupakan ‘pertunjukan’ oleh kerajaan baharu Israel, merujuk kepada pelantikan Perdana Menteri baharunya, Naftali Bennett, Ahad lalu.

“Kumpulan pejuang akan terus mempertahankan rakyat kami dan tanah suci kami,” katanya dalam satu kenyataan.

Saluran berita Hamas, Al Aqsa TV dalam pada itu mendakwa berjaya menembak jatuh sebuah from Israel di barat Gaza City.Terdapat juga laporan Hamas melepaskan mesingan berat ke Arab Israel sekali gus mencetuskan siren amaran dari negara haram itu.

Media Israel mendakwa, serangan udara itu dibuat ke atas kedudukan pejuang Hamas di Genting Gaza sebagai tindak balas serangan belon api oleh aktivis di wilayah itu.

Pejuang Palestin melancarkan belon api ke wilayah Israel buat tiga hari berturut-turut yang didakwa mengakibatkan kebakaran belukar dan tanaman penduduk Israel berhampiran sempadan Gaza.

Dalam satu kenyataan, tentera pengganas Zionis mendakwa akan terus memusnahkan kemampuan dan kemudahan ketenteraan Hamas selain mempertanggungjawabkan kumpulan itu ke atas apa yang berlaku di Genting Gaza.

Kelmarin, Israel mencabuli gencatan senjata dicapai kedua-dua pihak bertelagah apabila melakukan serangan udara ke atas kemudahan Hamas.

Sekurang-kurangnya 257 penduduk Palestin di Gaza termasuk 66 kanak-kanak terbunuh dalam perang 11 hari itu manakala di sebelah Israel, sebanyak 13 orang termasuk dua kanak-kanak terbunuh.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli MRSM: Empat disingkirkan, dua lagi digantung

EMPAT disingkirkan manakala dua lagi pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Johor digantung persekolahan selepas terbabit kes buli. Perkara...

More Articles Like This