Euro 2020 dibayangi krisis Covid-19, bintang Scotland disahkan positif virus

Dari Penulis

KEJOHANAN Euro 2020 hari ini dikejutkan dengan krisis coronavirus (Covid-19) selepas bintang tengah Scotland, Billy Gilmour diuji positif virus itu hanya tiga hari selepas menentang England.

Pemain kelab Chelsea itu kini perlu mengasingkan diri selama 10 hari selepas memainkan peranan utama semasa pertemuan negaranya mengikat England 0-0 di Stadium Wembley, Jumaat lalu.

Berita itu sekali gus memberi tamparan hebat buat Scotland dalam usaha mereka melepasi peringkat kumpulan di kejohanan utama buat pertama kali.

Pemain berusia 20 tahun itu dijangka akan terlepas perlawanan peringkat kumpulan Euro 2020 menentang Croatia di Hampden, awal pagi, Rabu ini.

Gilmour pada perlawanan Jumaat lalu dirakam memeluk rakan sepasukannya dari Chelsea selepas tamat perlawanan dan perkembangan itu dijangka memberi kesan kepada penampilan dua pemain England, Ben Chilwell dan Mason Mount ketika skuad Three Lions berdepan Republik Czech, esok.

Bagaimanapun tiada pemain Scotland terjejas atau dikenalpasti sebagai kontak rapat bermakna baki skuad Scotland boleh diturunkan semasa mereka menentang Croatia pada perlawanan terakhir Kumpulan D di Hampden Park, Glasgow, esok.

Scotland yang kini berada di tangga ke terakhir Kumpulan D perlu mengatasi Croatia jika ingin layak ke peringkat seterusnya.

Sementara itu, England turut menerima khabar gembira apabila semua 26 pemainnya disahkan negatif Covid-19 selepas menjalani ujian PCR oleh Uefa, semalam 


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This