Lepasan SPM masih berpeluang, UPUOnline lanjut tarikh tutup permohonan ke universiti

Dari Penulis

TARIKH tutup permohonan UPUOnline bagi kemasukan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ke Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) dilanjutkan sehingga jam 5 petang, 2 Julai ini.

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam kenyataan media berkata, ia membabitkan lepasan SPM yang mengikuti program sijil, asasi dan diploma di IPTA serta ILKA bagi sesi akademik 2021/2022.

“Keputusan ini membolehkan pelajar mengemaskini permohonan dan memilih program pengajian di UPUOnline.

“KPT juga prihatin dengan kekangan masa dihadapi pemohon berikutan terdapat pelajar yang masih belum menerima keputusan semakan semula peperiksaan SPM 2020 oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM).

“KPT berharap keputusan ini dapat memudahkan urusan permohonan untuk melanjutkan pengajian masing-masing,” katanya.

Mereka yang mahu mendapatkan maklumat lanjut, boleh melayari portal rasmi upu.mohe.gov.my. – UtusanTV

JANGAN lupa mendapatkan lebih berita terkini di laman web kami di https://utusantv.com/ atau ikuti media sosial rasmi:

Facebook: https://www.facebook.com/utusantv
Twitter: https://twitter.com/UtusanTV
Instagram: https://www.instagram.com/utusantv/?hl=en

#utusantv #urtv #mastika #saji #wanita #hijabfesyen #alislam

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

El Nino: Kerajaan perketat kawalan jerebu, pembenihan awan siap digerak

KERAJAAN memperketat langkah pencegahan jerebu dan kebakaran terbuka susulan jangkaan cuaca panas serta kering akibat fenomena El Nino. Kementerian Sumber...

More Articles Like This