Enggan buat ujian COVID-19, polis dan KKM ‘kunjungi’ rumah penduduk degil di K. Terengganu

Dari Penulis

ANGGOTA Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan kerjasama polis dan Sukarelawan Malaysia (Rela) terpaksa mengunjungi dari rumah ke rumah bagi memastikan penduduk di Kampung Seberang Baruh, Chabang Tiga, Kuala Terengganu membuat ujian COVID-19.

Ujian calitan selama dua hari terpaksa dilakukan di balai raya kampung tersebut berikutan terdapat 11 orang daripada beberapa keluarga didapati positif COVID-19 selepas mereka dikatakan menziarahi kematian di Telemong, Hulu Terengganu, baru-baru ini.

Antara alasan yang diberikan penduduk yang enggan melakukan ujian tersebut ialah mereka ‘bukan kontak rapat, tidak bergaul dan tidak keluar rumah.’

Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Seberang Baruh, Mohd Junaidi Long berkata, seramai 1,000 penduduk dikenal pasti untuk menjalani ujian berkenaan, bagaimanapun hanya 690 penduduk yang keluar menjalani ujian berkenaan yang ditutup setakat 2 petang tadi.

BERITA BERKAITAN Ujian saringan Covid-19 percuma antara faktor peningkatan kes positif di Selangor – MB

“Kita sudah menjangkakan tidak semua akan memberi kerjasama dan meletakkan sasaran hanya 700 orang daripada jumlah yang dikenal pasti akan keluar menjalani ujian berkenaan.

“Hari pertama sambutan agak baik iaitu seramai 398 orang, tetapi pada hari ini sambutan dingin iaitu hanya sekitar 50 orang sahaja yang keluar menyebabkan polis terpaksa campurtangan,” katanya seperti yang dilaporkan Harian Metro.

“Tindakan yang diambil pihak berkuasa dengan pergi dari rumah ke rumah penduduk dilihat berkesan bagi memastikan tiada penularan wabak Covid-19 di kampung berkenaan,” katanya. – UtusanTV

————————————————————————————————

JANGAN lupa mendapatkan lebih berita terkini di laman web kami di https://utusantv.com/ atau ikuti media sosial rasmi:

Facebook: https://www.facebook.com/utusantv
Twitter: https://twitter.com/UtusanTV
Instagram: https://www.instagram.com/utusantv/?hl=en

#utusantv #urtv #mastika #saji #wanita #hijabfesyen #alislam

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pelajar Tingkatan Empat maut: PM, isteri berduka, sampaikan takziah

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail melahirkan rasa dukacita menerima...

More Articles Like This