PKP3.0: ‘Showroom’ dan JPJ tutup, tiada kereta dapat dijual

Dari Penulis

INDUSTRI automotif negara akan terjejas teruk jika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Menyeluruh atau ‘total lockdown’ yang dijadual berakhir akhir bulan ini diteruskan lagi selepas ini.

Untuk rekod, hampir tiada kereta dijangka dapat dijual bulan ini berikutan penutupan bilik pameran, kilang henti pengeluaran dan keterbatasan operasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) semasa fasa pertama PKP3.0 sekarang.

Tinjauan dalam kalangan pembeli menyatakan walaupun ada dalam kalangan mereka telah diperuntukkan kenderaan oleh ejen jualan tetapi urusan jual beli tidak dapat diteruskan kerana menghadapi masalah pendaftaran di pejabat JPJ.

Menurut kenyataan di Facebook JPJ, bagi pengoperasian kaunter agensi itu, hanya urus niaga yang melibatkan kenderaan perdagangan Perkhidmatan Perlu (essential services) sahaja dibenarkan dan semua urusan perlu melalui temu janji.

Menurut Kenanga Research dalam nota penyelidikan, hanya beberapa unit dapat didaftarkan menerusi sistem e-Daftar Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi pembelian kenderaan dengan syarat pinjamannya telah dipersetujui menerusi surat aku janji (LOU).

“Penyelesaian pendaftaran adalah penting untuk mengelak perjanjian tidak luput, yang apabila terjadi memerlukan proses dilakukan sekali lagi,” katanya.

BERITA BERKAITAN WOW! Kereta Jaguar kemek ini dibida lebih setengah juta ringgit

Dalam kenyataan ringkas kepada Berita Harian, Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Datuk Aishah Ahmad berkata, jangkaan tanpa jualan mungkin berlaku ketika semua bilik pameran dan rantaian pengeluaran ditutup sementara dengan kekurangan cip komputer juga menjejaskan beberapa pengeluar.

“Jika ada stok di bilik pameran, kakitangan masih boleh mendaftar dengan JPJ dalam talian. Bagaimanapun, saya tidak fikir ia akan membabitkan jumlah yang besar,” katanya.

Jualan kenderaan merosot 19 peratus kepada 46,663 unit pada Mei, berbanding 57,912 unit yang dicatatkan pada bulan sebelumnya susulan pelaksanaan PKP 3.0 dari pertengahan hingga akhir Mei.

Menurut persatuan itu, jumlah keseluruhan industri (TIV) rendah disebabkan PKP 3.0, bulan bekerja lebih singkat berikutan cuti umum Aidilfitri dan kekurangan cip komputer yang menjejaskan jualan beberapa pengeluar.

Setakat Januari hingga Mei, TIV automotif tempatan berada pada 245,932 unit berbanding 128,790 unit dicatatkan tempoh sama tahun lalu.

Mengikut pecahan, kenderaan penumpang mencatatkan jualan 41,988 unit pada Mei, manakala kenderaan komersial 4,675 unit.

Dalam kenyataan sebelum ini, MAA berkata, jualan bulan ini dijangka minimum disebabkan pelaksanaan PKP 3.0 yang menyaksikan bilik pameran tidak dibenarkan dibuka.

Malah, kebanyakan agensi kerajaan seperti JPJ, PUSPAKOM Sdn Bhd (PUSPAKOM), Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) ditutup atau beroperasi dengan jumlah kakitangan yang minimum.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

200 penerima STR dapat ganjaran Kempen BSN SSP, BSN GIRO-i 2025

SERAMAI 200 pelanggan Bank Simpanan Nasional (BSN), terdiri daripada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR), memenangi pelbagai hadiah menarik dan...

More Articles Like This