Pengasas antivirus McAfee mati dalam penjara di Sepanyol, ditahan kerana ‘lari cukai’

Dari Penulis

WALAUPUN bergelar jutawan teknologi maklumat, John McAfee yang ditahan di penjara Sepanyol berkaitan kes percukaian ditemui mati dalam penjara semalam dipercayai membunuh diri.

Pengasas perisian antivirus McAfee tersebut ditemui mati dalam penjara Brians 2, Barcelona beberapa hari selepas mahkamah meluluskan ekstaradisinya ke Amerika Syarikat (AS) membabitkan kesalahan cukai.

Menurut jurucakap penjara, lelaki berusia 75 tahun itu disahkan meninggal dunia pada kira-kira pukul 7 malam dalam bilik kurungannya di penjara tersebut.

“Pengawal dan kakitangan perubatan bergegas melakukan usaha menyelamat namun doktor mengesahkan kematiannya,” menurut kenyataan itu.

Menurut Wikipedia, McAfee yang dilahirkan di Cinderford, United Kingdom menubuhkan syarikat perisian McAfee pada 1987 meninggalkan syarikat tersebut pada 1994.

Jabatan Kehakiman wilayah Catalonia dalam satu kenyataan berkata, satu siasatan dijalankan berhubung kejadian itu.

BERITA BERKAITAN 5.2 juta bergelar jutawan semasa penularan Covid-19 tahun lalu – Kajian

McAfee dipenjara di Sepanyol sejak beliau ditahan di Lapangan Terbang Barcelona pada Oktober tahun lalu, sebelum menaiki penerbangan ke Istanbul.

Beliau didakwa atas kesalahan membabitkan percukaian antara tahun 2014 dan 2018, biarpun memperoleh pendapatan jutaan euro hasil konsultasi, mata wang kripto dan penjualan hak berhubung kisah hidupnya.

Jika didapati bersalah, beliau berdepan hukuman penjara sehingga 30 tahun.

Mahkamah Sepanyol sebelum ini meluluskan proses ekstradisi McAfee ke AS namun ruang rayuan masih terbuka dan proses terbabit perlu mendapatkan kelulusan Kabinet Sepanyol.

Menurut permohonan ekstradisi dikemukakan AS pada November lalu, McAfee meraih pendapatan lebih 10 juta euro antara tahun 2014 dan 2018, namun gagal memfailkan cukai.

“Untuk menyembunyikan pendapatan dan asetnya daripada Internal Revenue Service (IRS), defendan memerintahkan sebahagian daripada pendapatannya dibayar kepada seorang individu lain dan meletakkan harta atas nama mereka,” katanya. – Agensi

angan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

200 penerima STR dapat ganjaran Kempen BSN SSP, BSN GIRO-i 2025

SERAMAI 200 pelanggan Bank Simpanan Nasional (BSN), terdiri daripada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR), memenangi pelbagai hadiah menarik dan...

More Articles Like This