Pasti ramai yang menggemari hidangan lauk pauk kampung yang dimasak berkuah mahupun kering. Walaupun sajiannya ringkas namun pasti sedap. Jadi apa kata anda cuba hidangan singgang lengkuas ikan selar yang SAJI kongsikan kali ini.

BAHAN
6 ekor selar – siang dan cuci bersih
7 tangkai cili padi
1 tangkai cili merah – belah dua
1 batang serai – ketuk
1 biji buah keras
1 cm kunyit hidup
1 helai daun kunyit
3 ulas bawang putih – mayang
3 cm lengkuas – mayang halus
2 cm kunyit hidup – mayang halus
5 keping asam gelugur
5 cawan air
Garam

CARA
1.Buah keras dan kunyit hidup ditumbuk lumat. Masukkan ke dalam periuk.
2.Masukkan cili padi, cili merah, serai, daun kunyit, bawang putih, lengkuas, kunyit hidup.
3.Masukkan air secukupnya lalu reneh sehingga mendidih .
4.Kemudian masukkan ikan dan garam secukup rasa.
5.Apabila ikan telah masak, angkat dan hidangkan.

Resipi: Rohana Abu Samah