PEMULIH mampu pacu pemulihan pasca COVID-19, pertahan asas ekonomi – ARMADA

Dari Penulis

ARMADA Bersatu Malaysia menyambut baik pengumuman pakej PEMULIH yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi bagi meredakan beban kewangan yang dihadapi oleh rakyat ekoran penularan COVID-19.

Ketua ARMADA Nasional, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, pertubuhan itu amat bersyukur kerana dua isu yang diangkat kepada kerajaan telah diterima baik dan diintegrasikan sebagai sebahagian daripada pakej tersebut iaitu moratorium automatik serta pengeluaran simpanan KWSP.

“Langkah-langkah yang diumumkan amatlah kritikal untuk mengekalkan kecairan dalam ekonomi di akar umbi, memelihara asas ekonomi daripada risiko keruntuhan (meltdown), serta membuat persediaan untuk memacu fasa pemulihan apabila ekonomi dibuka secara beransur-ansur nanti,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Pemuda Perikatan Nasional berkata, untuk menyokong PEMULIH, rangkaian ARMADA di seluruh negara sedia memain peranan melalui program #ArmadaPrihatin dan usahasama dengan rakan sayap pemuda Perikatan Nasional.

Kedua-dua pertubuhan itu akan bekerjasama membantu rakyat khususnya peniaga kecil-kecilan dan perusahaan kecil dan sederhana mikro (PKS mikro) untuk mendapatkan manfaat daripada program-program yang ditawarkan kerajaan.

“Sekali lagi ARMADA Bersatu Malaysia berterima kasih kepada kerajaan di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin atas keprihatinan kepada keluh kesah rakyat dan mendengar pandangan-pandangan yang diutarakan sepanjang beberapa libat urus yang kami pelopori sebelum ini,” katanya.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

‘Saya terharu, lega akhirnya dapat jemputan ikhlas daripada Anthony Loke’ – Onn Hafiz

MENTERI Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi melahirkan rasa terharu dan lega kerana 'akhirnya' mendapat jemputan yang 'ikhlas' daripada...

More Articles Like This