Terlibat judi Euro 2020, 51 bookie nilai pertaruhan RM19 juta ditahan – Ayob Khan

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KEMERIAHAN kejohanan Euro 2020 yang kini telah pun memasuki Pusingan Kedua sememangnya dirasai peminat bola sepak seluruh dunia.

Aksi memukau ditampilkan bintang bola sepak Eropah membuatkan ramai sanggup ‘melupakan’ waktu tidur masing-masing.

Namun begitu, bagi ‘tahi judi’, kejohanan besar seperti Euro 2020 ini menjadi medan mencari ‘duit tepi’ untuk bertaruh.

Kesudahannya, seramai 51 individu telah ditahan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor menerusi Op Soga 8 kerana dipercayai terlibat dalam kegiatan judi Euro 2020 dengan nilai pertaruhan berjumlah RM19 juta.

Menurut Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, kesemua yang ditangkap dipercayai terlibat sebagai ejen atau bookie melalui 40 serbuan dan pemeriksaan yang dilakukan JSJ Johor antara 10 sehingga 26 Jun lalu.

Kata beliau, 51 individu yang ditahan kesemuanya warga tempatan berusia antara 18 hingga 54 tahun.

“Mereka ditangkap kerana terlibat dalam sindiket pertaruhan secara dalam talian menggunakan 20 laman web yang beroperasi di luar negara.

“Modus operasi kumpulan ini adalah menerusi seorang ejen utama dengan had kredit tidak melebihi RM1 juta. Ejen utama ini pula akan melantik ejen di bawahnya untuk mencari dan mencipta akaun mereka yang berminat nak bertaruh.

Baca artikel berkaitan: Tipu tawar kerja sambilan, 22 suspek ditangkap – Ayob Khan

“Mereka mencari ‘tahi judi’ ini menggunakan aplikasi sosial sama ada WeChat, WhatsApp atau Telegram,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Polis Johor turut merampas wang tunai berjumlah RM35,000 dan peralatan lain digunakan dalam kegiatan tersebut termasuk telefon bimbit, komputer riba, mesin kira wang, modem internet dan kertas catatan rekod pertaruhan dalam serbuan yang dilakukan.

Kesemua suspek telah direman antara dua hingga empat hari pada tarikh berbeza antara 10 sehingga 26 Jun.

Mereka yang ditangkap disiasat di bawah Seksyen 6 (3) Akta Pertaruhan 1953 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum denda tidak kurang RM20,000 atau tidak lebih RM200,000 dan penjara tidak lebih lima tahun di samping Seksyen 6 (1) Akta Pertaruhan 1953 yang jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Selain itu, kesemua yang ditangkap turut disiasat di bawah Seksyen 4 1(D) akta sama yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang RM20,000 atau tidak lebih RM200,000 dan boleh dipenjara tidak lebih lima tahun.

Mengulas lanjut, Ayob Khan berkata, tangkapan yang dilakukan polis Johor itu adalah di seluruh negeri berkenaan melibatkan sindiket berbeza-beza.

Beliau berkata, kejayaan operasi tersebut adalah menerusi hasil risikan JSJ Johor dan sebahagian lagi melalui aduan serta maklumat orang ramai.

“Mereka yang terlibat ini bukan bertaruh untuk siapa menang siapa kalah sahaja. Banyak kategori pertaruhan seperti pasukan mana buat sepak mula dahulu, siapa dapat tendangan sudut pertama, siapa dapat menjaringkan gol dahulu, semua mereka boleh bertaruh.

“Setakat 16 hari Euro 2020 berlangsung ini pun dah ada 51 tangkapan. Kita rasa penghujung ini akan ada lagi banyak tangkapan dilakukan. Kegiatan judi ini tidak akan habis.

“Kita akan terus jalankan operasi secara berterusan. Sekiranya orang ramai ada maklumat boleh terus salurkan kepada polis Johor,” jelas beliau.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dua remaja ditahan langgar anggota polis, cuba lari sekatan jalan

DUA remaja ditahan selepas dipercayai merempuh seorang anggota polis ketika cuba melarikan diri daripada sekatan jalan di Taman Panchor...

More Articles Like This