Pemilihan UMNO di semua peringkat ditangguh 18 bulan

Dari Penulis

MAJLIS Kerja Tertinggi (MKT) UMNO telah bersetuju agar pemilihan jawatan di semua peringkat Cawangan, Bahagian dan MKT ditangguhkan selama 18 bulan bermula esok.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, keputusan itu selaras dengan Perlembagaan UMNO Fasal 10.16 dan ia tidak boleh lebih daripada lapan belas bulan dari tarikh pemilihan yang sepatutnya ia diadakan”.

‘’Mesyuarat MKT sebelum ini menetapkan agar UMNO merujuk kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) bagi mendapatkan panduan kerana negara dan rakyat sedang menghadapi pandemik Covid-19.

‘’Intipati surat jawapan daripada KKM dan MKN mencadangkan agar mesyuarat dan pemilihan UMNO dibuat secara online/maya. Namun, disebut dalam surat KKM dan MKN juga sekiranya tidak boleh dibuat secara online, maka pemilihan perlu ditangguhkan hingga ke satu tarikh dan keadaan bila pandemik Covid-19 adalah terkawal,’’ katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad berkata, terdapat 66,287 mesyuarat dan pemilihan yang perlu diadakan melibatkan kehadiran seramai 3.3 juta ahli UMNO iaitu Cawangan : 21,135 mesyuarat, Wanita cawangan : 21,058 mesyuarat, Pemuda cawangan : 15,496 mesyuarat , Puteri cawangan : 8,598 mesyuarat. 

‘’Terdapat juga 764 persidangan perwakilan bahagian yang terdiri daripada 191 persidangan untuk setiap 4 peringkat di Bahagian, Wanita, Pemuda dan Puteri. Semua ini mesti dijalankan secara serentak dalam tempoh 2 hujung minggu. Tentunya sukar persidangan perwakilan bahagian 4 peringkat diadakan secara serentak dalam keadaan wujudnya kawasan yang dikenakan PKP atau PKPB atau PKPD,’’ katanya.

Beliau berkata, UMNO tidak pernah melaksanakan mesyuarat dan persidangan dengan  pemilihan secara online di semua peringkat. 

‘’Kekhuatiran berlaku kesilapan teknikal yang tinggi dengan kesukaran liputan internet di kawasan luar bandar adalah suatu masalah yang benar.

‘’Walaupun demikian, mesyuarat Cawangan, Bahagian dan Perhimpunan Agung UMNO 2021, tanpa diadakan pemilihan dengan kehadiran hanya 1/4 korum (25 peratus kehadiran) masih perlu dibuat termasuk secara online/maya, ia bagi  memenuhi prosedur tahunan pertubuhan,’’ katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Gempa kuat landa Mindanao, gegaran dirasai di Semporna

GEMPA bumi kuat bermagnitud 6.8 melanda Mindanao, Filipina pada pukul 7.34 malam tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gegaran turut...

More Articles Like This