FIFA sahkan 89 jaringan Mokhtar, pernah muncul penjaring terbanyak dunia hampir dua dekad

Dari Penulis


PERSEKUTUAN Bolasepak Antarabangsa (FIFA) hari ini mengesahkan legenda bola sepak negara, Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari sebagai penjaring ketiga terbanyak dunia di belakang pemain legenda Iran, Ali Daei dan Cristiano Ronaldo dari Portugal yang masing-masing mencetak 109 gol.

Menerusi ciapan badan dunia itu mengenai senarai penjaring terbanyak dunia, Mokhtar yang lebih dikenali sebagai ‘Super Mokh’ meledak 89 gol dalam 142 penampilan Allahyarham bersama skuad Harimau Malaya.

Senarai 12 penjaring gol terbanyak dunia Yang dikeluarkan FIFA.

Rekod 89 gol itu dilakar dari 1972 sehingga tahun 1985 sebelum Mokhtar menghembuskan nafas terakhirnya pada 1991.

Mengikut statistik itu, Mokhtar berjaya memintas pencapaian legenda bola sepak Hungary, Ferenc Puskas yang menjaringkan 84 gol dalam 85 penampilan.

Puskas yang memegang rekod sebagai penjaring terbanyak dunia sejak 1956 berada di tempat keempat dalam senarai itu.

Bagaimanapun rekod Mokhtar dipintas legenda bola sepak Iran, Ali Daei yang mencatatkan 90 gol antarabangsa pada tahun 2004.

Ini sekali gus menunjukkan Mokhtar pernah memegang gelaran penjaring terbanyak dunia kira-kira hampir dua dekad.

Sementara itu, walaupun kedudukan Ali Daei dan Ronaldo terikat dengan 109 gol, bintang Portugal berkenaan yang masih belum membuat keputusan untuk bersara dari arena antarabangsa berpeluang memintas kedudukan legenda Iran berkenaan.

Ini sekali gus meletakkan kedudukan Mokhtar di tempat ketiga akan terus kekal untuk satu tempoh yang lama.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: SPR keluarkan 24,677 kertas undi pos

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan sebanyak 24,677 kertas undi pos kepada individu yang berhak untuk mengundi secara pos. Setiausaha...

More Articles Like This