Malaysia masih di Fasa 1 PPN, belum capai 3 nilai ambang utama – Ismail Sabri

Dari Penulis

MALAYSIA masih di Fasa Satu Kawalan Pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) memandangkan tiga indikator nilai ambang utama belum lagi dicapai.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, peralihan fasa dalam PPN tidak bergantung kepada satu-satu tarikh tertentu.

“Masih ramai yang keliru dan menganggap kita telah beralih ke Fasa Dua… perlu ditegaskan bahawa kita masih berada dalam Fasa Satu.

“Jika kita sudah mencapai tiga nilai ambang dalam tempoh singkat, maka peralihan fasa seterusnya akan dilaksanakan secepat mungkin,” katanya dalam satu kenyataan mengenai Kawalan Pergerakan itu di sini hari ini.

Justeru beliau mengingatkan agar semua bersama-sama mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi melandaikan lengkuk kes COVID-19, sekali gus membolehkan ketiga-tiga indikator berkenaan dicapai dalam masa terdekat.

BERITA BERKAITAN Fasa Satu Kawalan Pergerakan kekal hingga indikator dicapai – Ismail Sabri

Tiga indikator itu ialah purata kes harian Covid-19 menurun di bawah 4,000 kes, kadar penggunaan katil di unit rawatan rapi (ICU) pada paras sederhana dan kadar vaksinasi bagi populasi yang telah menerima dua dos lengkap mencapai 10 peratus.

Mengenai operasi pematuhan SOP, Ismail Sabri berkata, Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melakukan 96,975 pemeriksaan semalam.

“Ia melibatkan 4,598 Pasukan Pematuhan yang terdiri daripada 21,026 anggota bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan SOP sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya.

Beliau berkata, 600 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP semalam dan daripada jumlah itu, seramai 592 individu dikompaun manakala lapan (8) lagi direman.

Antara kesalahan direkodkan ialah:

  • Individu gagal merekod butiran diri/daftar masuk premis (136)
  • Tiada penjarakan fizikal (125)
  • Rentas negeri/daerah tanpa kebenaran/makan/minum di premis (104)
  • Tidak memakai pelitup muka (96)
  • Tidak patuh arahan kawalan pergerakan (70)
  • Membawa penumpang berlebihan (30)
  • Premis gagal patuhi arahan (12)
  • Lain-lain (27)

Ismail Sabri juga berkata, seramai 529 individu tiba di semua pintu masuk antarabangsa dan semuanya telah dikuarantin di stesen-stesen kuarantin di seluruh negara.

Secara kumulatifnya, sejak 24 Julai 2020, seramai 237,097 individu telah pulang ke tanah air dan kesemua ditempatkan di 70 hotel dan 11 Institut Latihan Awam (ILA) serta Institut Pengajian Swasta di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, seramai 8,658 individu telah dikuarantin dan 225,574 orang dibenarkan pulang manakala 2,865 lagi dibawa ke hospital.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

RTM mohon maaf gangguan siaran aksi Perancis-Senegal di RTMKlik

RADIO Televisyen Malaysia (RTM) memohon maaf kepada penonton susulan gangguan teknikal yang menjejaskan siaran langsung separuh masa pertama perlawanan...

More Articles Like This