Fasa Satu Kawalan Pergerakan kekal hingga indikator dicapai – Ismail Sabri

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

FASA Satu Kawalan Pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) akan terus dikekalkan sehingga tiga indikator nilai ambang utama berjaya dicapai.

Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ketiga-tiga indikator nilai ambang tersebut termasuk purata kes harian COVID-19 menurun di bawah 4,000 kes.

Selain itu, kata beliau, dua lagi nilai ambang adalah kadar penggunaan katil di unit rawatan rapi (ICU) pada paras sederhana serta kadar vaksinasi bagi populasi yang telah menerima dua dos lengkap mencapai 10 peratus.

Justeru, Ismail Sabri berkata, peralihan daripada Fasa Pertama ke Fasa Kedua akan mengambil kira ketiga-tiga indikator itu sebelum ia diputuskan.

“Secara keseluruhan, PPN adalah strategi peralihan keluar daripada kemelut pandemik COVID-19 yang merangkumi empat fasa melibatkan pelan peralihan fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara berperingkat.

“Berdasarkan penilaian risiko yang telah dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kerajaan akan mengekalkan lagi tempoh Fasa Pertama di seluruh negara seperti yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri sebelum disahkan hari ini.

“Ia mengambil kira situasi semasa ketika ini yang masih belum berjaya untuk beralih daripada Fasa Pertama ke Fasa Kedua apabila graf jumlah kes positif baharu harian menunjukkan trend mendatar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara bersambung, lebih banyak bantuan akan diumum – Muhyiddin

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam sidang akhbar selepas melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Konvensyen Sunway hari ini dilaporkan berkata, Fasa Pertama Kawalan Pergerakan PPN yang sepatutnya tamat esok akan diteruskan sehingga nilai ambang kes harian mencatatkan kurang daripada 4,000 kes.

Beliau berkata, kerajaan juga akan mengumumkan bantuan lebih menyeluruh kepada semua kumpulan masyarakat sama ada esok atau Selasa ini.

Sekarang mereka kata Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dah nak tamat. Saya kata, mulai sekarang kita tak sebut PKP, tapi kita sebut kita berada dalam fasa, sekarang ini fasa pertama (PPN) sampai Julai mungkin pertengahan bulan dan sebagainya.

“Bukan kata 28 Jun tamat PKP, itu silap…kita masih di fasa pertama PPN dan akan lanjutkan sehingga cecah nilai ambang bawah 4,000 kes dengan kes di Unit Rawatan Rapi tidak lagi berada pada paras tenat dan vaksinasi ditingkatkan,” jelas beliau.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Penduduk terjejas hakisan di Kampung Baru Kapit akan dipindahkan ke penempatan baharu

SERAMAI 43 ketua isi rumah yang terjejas akibat hakisan tanah di Kampung Baru, Kapit, bakal dipindahkan ke penempatan baharu...

More Articles Like This