JIM tahan 229 pekerja asing kilang besi, syarikat dikompaun RM30,000 langgar SOP

Dari Penulis

AKSI nekad beberapa pekerja warga asing melarikan diri termasuk bersembunyi di ruang timbunan besi gagal apabila mereka berjaya diberkas anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM)  dalam satu serbuan di sebuah kilang pelupusan besi di Meru, Klang, Selangor, hari ini.

Dalam serbuan kira-kira pukul 11 pagi itu, seramai 229 orang pekerja warga asing di kilang itu ditahan JIM atas pelbagai kesalahan antaranya tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah, menyalahgunakan pas dan tinggal lebih masa.

Anggota penguatkuasa JIM menemukan pekerja asing yang cuba menyorok daripada ditangkap. Foto JIM

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, pihaknya menerusi Op Patuh dengan kekuatan seramai 90 orang pegawai imigresen turut disertai seramai 35 orang pegawai penguatkuasa dari Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Tenaga Kerja (JTK), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

“Hasil pemeriksaan di premis itu, seramai 229 orang lelaki warga asing terdiri daripada 99 warga India, 88 warga Bangladesh, 33 warga Pakistan, lima warga Myanmar,  tiga warga Indonesia dan seorang warga Nepal yang berumur berumur antara 22 tahun hingga 45 tahun ditahan.

“Malah semasa pemeriksaan dilakukan, terdapat beberapa warga asing yang cuba melarikan diri dan menyorok di ruang timbunan besi, namun mereka berjaya ditahan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Khairul Dzaimee dalam pada itu berkata berkata, pemeriksaan di lokasi mendapati bukan sahaja kilang terbabit melanggar dan tidak patuh prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), malah kilang itu turut melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen iaitu menggunakan tenaga kerja warga asing yang tiada dokumen dan tinggal lebih masa.

Katanya, kilang tersebut turut di kenakan tindakan kompaun oleh PDRM sebanyak RM10,000 kerana melanggar SOP PKP dan oleh JTK sebanyak RM20,000 kerana gagal mematuhi SOP PKP bagi pengurusan tempat kerja.

“Operasi ini merupakan salah satu siri Op Patuh yang dijalankan secara bersepadu bersama agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan beberapa agensi lain yang berkaitan,” katanya.

Sementara itu, Khairul Dzaimee berkata, semua warga asing yang ditahan akan dibawa menjalani ujian saringan Covid-19 sebelum ditempatkan di Depot Imigresen Semenyih, Selangor.

“Kes itu disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,” tambahnya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Hospital Melaka jadi penanda aras nasional, terima peruntukan khas RM1.6 juta

HOSPITAL Melaka akan dijadikan penanda aras mandatori bagi pelaksanaan model pengurusan hospital di seluruh negara susulan kejayaannya mengurangkan kesesakan...

More Articles Like This