Bantuan tunai RM100 juta untuk 300,000 penduduk miskin disalurkan mulai bulan ini

Dari Penulis

KEMENTERIAN Kewangan memaklumkan projek perintis Program PRIHATIN Kasih bagi menghulurkan bantuan barangan dapur kepada golongan miskin bandar telah bermula bulan ini di Selangor dan Kuala Lumpur berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Program PRIHATIN Kasih dengan peruntukan RM100 juta merupakan salah satu langkah pakej dalam PEMERKASA, bagi membantu kos sara hidup bagi golongan miskin bandar.

Menurut kenyataan akhbar kementerian itu, program bantuan barangan dapur tersebut disalurkan secara tanpa tunai atau ‘cashless’ melalui penggunaan MyKad dan akan memanfaatkan 300,000 isi rumah di bandar-bandar utama di seluruh negara.

“Keluarga yang menerima PRIHATIN Kasih telah dipilih daripada keluarga miskin bandar, dengan mengambil kira pangkalan data dari Jabatan Kebajikan Masyarakat dan e-Kasih yang seterusnya disemak silang dengan pengkalan data BPR,” kata kenyataan itu.

PRIHATIN Kasih melibatkan bantuan bulanan sebanyak RM100 untuk tiga bulan yang boleh digunakan untuk pembelian barangan makanan asas seperti makanan dalam tin, susu bayi, beras, minyak masak, telur, dan sebagainya berdasarkan pilihan isi rumah

Penerima bantuan boleh melakukan pembelian barangan tersebut di lebih daripada 300 rantaian pasar raya dan kedai seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco) serta kedai-kedai runcit.

“Fasa Pertama yang telahpun dilaksanakan bermula pada 1 Julai 2021 di Selangor dan Kuala Lumpur menunjukkan maklumbalas positif dari penerima,” tambah kenyataan itu.

Fasa selanjutnya akan dilancarkan di Kelantan, Johor, Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Perak, Melaka dan Terengganu mulai bulan depan dan mulai September untuk penduduk di Negeri Sembilan, Labuan, Pahang, Putrajaya, Sabah dan Sarawak.

BERITA BERKAITAN Siti Nurhaliza anjur Bantuan Prihatin 2021, kanak-kanak & 1,500 keluarga terkesan akan diberi keutamaan

Penerima PRIHATIN Kasih yang layak akan menerima SMS dari MyKasih untuk mengesahkan status mereka sebagai penerima manfaat di bawah program ini, beserta tarikh dan masa untuk sesi taklimat orientasi di kedai runcit yang terdekat.

Program MyKasih merupakan pelengkap kepada Program Bakul Makanan yang telah diumumkan di bawah pelbagai pakej-pakej bantuan termasuk:

  1. PERMAI: Program Bakul Makanan bernilai RM50 juta;
  2. PEMULIH: Program Bakul Makanan nasional di mana RM80 juta telah diperuntukkan, dengan agihan RM300,000 bagi setiap Ahli Parlimen, termasuk dari Parti Pembangkang.

Peruntukan tersebut telah disalurkan kepada semua ahli Parlimen bermula 1 Julai 2021 dan bagi kawasan Parlimen Gerik dan Batu Sapi, peruntukan itu akan disalurkan melalui Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Perak, Gerik dan Majlis Perbandaran Sandakan.

Baki selebihnya adalah untuk pengagihan bakul makanan kepada masyarakat Orang Asli.

Selain itu, rakyat yang memerlukan juga boleh memanfaatkan program agihan makanan yang dikelolakan oleh pelbagai Kementerian dan agensi Kerajaan termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat; Yayasan Wilayah Persekutuan dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Program Gerobok Rezeki).

Maklumat lanjut mengenai program PRIHATIN Kasih boleh didapati di http://www.mykasih.com.my/site/prihatin-kasih/

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PETRA peruntuk RM6.3 juta tangani banjir kilat George Town

LEBIH 39,550 penduduk di sekitar George Town dijangka mendapat manfaat daripada Projek Menaiktaraf Pam dan Kolam Takungan Banjir S18...

More Articles Like This