Janda seperti dara, Dara seperti janda. Mesti pandai memberi nikmat…

Dari Penulis

SUATU petang Khalid bin Safwan bersiar-siar di Kota Basrah. Ketika melalui sebuah masjid, dia terpegun melihat orang ramai yang sedang berhimpun beramai-ramai. Mereka berpusu-pusu dan berhimpit-himpit.

“Apa yang sedang berlaku ni?” tanya Khalid pada seorang lelaki.

“Seorang wanita sedang menawarkan khidmat untuk mencari isteri, adakah kamu berminat?” tanya lelaki itu kembali.

“Isteri? Oh, tentu sekali!” jawab Khalid dengan gembira. Lelaki yang ditanya tadi pun ketawa sama.

“Beritahu pada perempuan itu,” kata lelaki berkenaan sambil menudingkan jari ke arah wanita yang menjadi tumpuan mereka.        

Selepas bersesak-sesak, akhirnya Khalid berjaya mencelah hingga sampai ke barisan paling depan.

“Ya saudara, isteri macam mana yang awak mau?” tanya wanita berkenaan.

Wanita idamanmu tiada di sini. Dia ada di sana…

“Mmm… begini,” ucap Khalid, “aku ingin seorang isteri yang masih dara, tapi seperti janda. Atau janda seperti dara. Manis dari dekat dan gemuk dari jauh. Dia mesti pandai memberi nikmat padaku dan tunduk ketika aku berhajat kepadanya.

“Apabila bersama, dia akan jadi ahli dunia dan ketika berjauhan dia akan menjadi ahli akhirat. Bolehkah kau sediakan aku wanita seperti itu?” tanya Khalid.

“Boleh…” jawab wanita itu sambil tersenyum manis.

“Engkau boleh mendapat wanita pujaanmu itu, tapi malangnya ia tidak di sini. Wanita itu ada di syurga dan untuk mendapatkannya, engkau beramallah kepada Allah Subhana Wata’ala,” ucap wanita itu membuatkan muka Khalid merah padam menahan malu.

——————

Untuk lebih berita terkini sila layari laman web kami di https://utusantv.com/ atau ikuti media sosial rasmi UtusanTV:

Facebook: https://www.facebook.com/utusantv

Twitter: https://twitter.com/UtusanTV

Instagram: https://www.instagram.com/utusantv/?hl=en

#utusantv #urtv #mastika #saji #wanita #hijabfesyen #alislam


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

‘Lembaga hitam ganggu hubungan intim’… Pelakon akui terpaksa bercerai akibat sihir pemisah

Bukan semua keruntuhan rumah tangga berpunca daripada orang ketiga atau hilangnya rasa cinta.  Ada juga yang percaya hubungan mereka musnah...

More Articles Like This