Bagi penggemar pasta, resipi fettucini aglio olio sosej pedas ini wajib anda cuba. Resipinya sangat mudah dan semestinya sedap. Tidak mengguna banyak bahan pun. Jom cuba!
BAHAN
150gm fettucini – rebus
1 batang sosej – potong nipis
1 sudu besar lada benggala hijau – potong dadu
3 tangkai cili padi – hiris halus
2 ulas bawang putih – hiris halus
3 sudu besar minyak zaitun
1 sudu besar mentega
Garam dan lada hitam
CARA
1.Panaskan sedikit minyak zaitun, tumiskan bawang putih sehingga naik bau.
2.Masukkan cili padi, lada benggala hijau dan sosej. Kacau sehingga sosej masak.
3.Selepas itu, masukkan fettucini dan mentega. Kacau sebati.
4.Perasakan dengan garam dan lada hitam secukup rasa.

