Selangor dijangka beralih ke Fasa 2 PPN menjelang Ogos, kadar vaksinasi meningkat – MB

Dari Penulis

WALAUPUN kini merupakan negeri tertinggi mencatatkan kes harian COVID-19, Selangor tetap yakin akan beralih kepada Fasa Dua Kawalan Pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) menjelang Ogos atau September ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, perkara itu boleh berlaku sekiranya beberapa indikator ditetapkan untuk beralih ke fasa itu seperti kadar kes baharu dan keadaan sistem kesihatan bertambah baik.

Amirudin berkata, selain itu, kadar vaksinasi yang semakin meningkat juga merupakan antara parameter yang akan dinilai sebelum proses peralihan itu berlaku.

“Kalau dua minggu kita berjaya lengkapkan vaksinasi untuk kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Selangor, menjelang Ogos atau September kita mungkin dapat beralih ke fasa kedua atau ketiga.

“Dengan pelaksanaan Program Vaksin Selangor (SelVAX) dan komitmen daripada Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, kita akan dapat tingkatkan proses vaksinasi selepas ini untuk beralih ke fasa seterusnya,” katanya ketika sidang media selepas mengadakan tinjauan di kawasan PKPD Bersasar Taman Murni, Sepang hari ini.

BERITA BERKAITAN PKPD Lembah Klang: Suasana tenang, lengang

Kerajaan sebelum ini memutuskan untuk melaksanakan PKPD Bersasar di Taman Murni bermula pada 30 Jun sehingga 13 Julai susulan peningkatan kes Covid-19 di kawasan berkenaan.

Sinar Harian melaporkan, Amirudin berkata, pelaksanaan PKPD dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah bertujuan untuk menyelamatkan dan mempertahankan sistem kesihatan di negeri ini.

“Malah keputusan hasil pelaksanaan PKPD ini juga bukannya dapat dilihat dalam tempoh tiga atau empat hari kerana ia ada kitarannya.

“Mungkin tiga minggu baharu kita akan lihat kesan PKPD dan PKP yang dilaksanakan ini,” katanya.

Dalam pada itu, mengulas mengenai sesi tinjauan itu, Amirudin berkata, seramai 1,000 penduduk dewasa di kawasan PKPD Bersasar Taman Murni akan mula divaksin pada hari ini.

Tambahnya, PKPD di kawasan itu melibatkan 1,600 penduduk secara keseluruhan dengan membabitkan 492 premis perniagaan dan kediaman.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

‘Saya terharu, lega akhirnya dapat jemputan ikhlas daripada Anthony Loke’ – Onn Hafiz

MENTERI Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi melahirkan rasa terharu dan lega kerana 'akhirnya' mendapat jemputan yang 'ikhlas' daripada...

More Articles Like This