Kenyataan media Muhyiddin letak jawatan palsu – PMO

Dari Penulis

PEJABAT Perdana Menteri (PMO) hari ini menafikan dakwaan bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin memanggil Mesyuarat Kabinet tergempar dan mengemukakan keputusan meletak jawatan, seperti yang tular di media sosial.

Jurucakap PMO menegaskan kenyataan yang tular di platform media sosial itu adalah palsu dan tidak dikeluarkan oleh pejabat berkenaan.

Kenyataan media palsu yang tular itu mendakwa perdana menteri mengambil keputusan untuk meletak jawatan. 

Kenyataan yang tidak sahih itu turut mendakwa kabinet sebulat suara menerima peletakan jawatan perdana menteri dan sehubungan itu meminta Muhyiddin menasihatkan Yang di-Pertuan Agong untuk melantik seorang perdana menteri baharu selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Saluran RTM akan terus bersiaran di platform Astro

RAKYAT Malaysia akan terus dapat menikmati saluran televisyen utama Radio Televisyen Malaysia (RTM) iaitu TV1, TV2 dan TV Okey...

More Articles Like This